ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, December 9, 2013

MOTIVASI KEJAYAAN BUAT DIRI 09 Dis 2013

~"...Biar dikata kuat berangan selagi tak hilang pedoman dan pegangan. Perlaksanaan dan kesungguhan tetap akan menjadikan angan-angan sebuah kenyataan. Daripada angan-anganlah akan lahirnya kekuatan dan keyakinan untuk gigih berusaha mencapai dan merealisasikan apa jua impian. Tanpa angan-angan, fikiran seumpama mati untuk berfikir, tiada perancangan dan inisiatif untuk berjaya dan menikmati hasil dari sebuah pemikiran yang telah dikurniakan. Misi dan visi perlu ada dalam diri meskipun terpaksa melalui pelbagai risiko, ujian dan dugaan untuk meraihnya...percaya kepada diri, diri tetap mampu berdikari atas titik peluh sendiri...go n go!..."~


~CT Nurza~
09 Dis. 2013
01:12pm.

No comments: