ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, December 1, 2013

PUISI : AKU YANG TERLUKA

Empangan rasa...
Yang sekian lama bertahan
Akhirnya pecah jua
Dek kerana kecewa
Diri dipersia
Berderailah airmata
Bila badai melanda
Hampa jua merobek rasa
Perit menghempas di dada
Kepedihan bertali arus
Ronta jiwa membentak rakus
Bagai terputus nyawa di kerongkong
Menahan sebak menghimpun lara
Batin tersiksa menanggung derita
Beginikah kesudahan cerita
Perjalanan hidup insan setia
Hanya untuk sebuah cinta
Demi mencari sejalur bahagia

Wahai Tuhan!
Engkau tabahkanlah hati ini untuk bersabar
Selagi ketabahanku mampu bertahan
Kiranya ini adalah mujahadahku
Seorang wanita bergelar isteri
Meniti kehidupan yang penuh duri
Lantaran diri takputus diuji
Demi merebut cinta Ilahi
Untuk membina kekuatan diri
Aku redha menghambakan diri
Biar beribu kali hati ini dilumati

Terima kasih lelaki
Engkau yang bergelar suami
Belajarlah mematangkan diri
Dari segala segi
Agar engkau menyedari
Betapa diri ini
Bukan untuk engkau persiai
Namun untuk engkau lindungi
Sedarlah insaflah
Selagi kau diberi kesempatan oleh-Nya!

Nukilan spontan,
-CT Nurza-
01 Disember 2013.
10:45mlm.

*Kredit untuk grafik hiasan : Pic Kawanimut.com.

No comments: