ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, December 6, 2013

PUISI : BANJIR SEBUAH PERUTUSAN


Banjir besar berlaku lagi
Melibatkan empat buah negeri
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka
Runtunnya hati
Sayatnya rasa
Melihat keadaan mangsa
Kehilangan insan tersayang dan harta benda
Bila bencana menimpa
Segalanya tak terduga
Hilang tenggelam sekelip mata


Mungkinkah ini peringatan Allah
Agar kita sedar dan insaf
Lantaran hidup banyak tersasar
Mencipta kejahatan tanpa henti
Mungkin juga amaran keras 

Dari pemilik langit dan bumi
Dihantar sebagai utusan mengingatkan
Kepada anak-anak derhaka
Yang sanggup membunuh ibu bapa sendiri
Begitu zalim dan kejam


Redha Allah
Terletak kepada redha kedua ibu dan bapa
Atau sebagai petanda
Dunia ini kepunyaan Allah
Tidak sedikit pun haknya kita miliki
Lalu diranapkan apa jua yang ada
Agar kita terbuka mata
Hidup jangan terlalu angkuh dan sombong
Dengan segala nikmat yang telah diberi
Lalu diambilnya kembali
Agar kita sedar dan ketahui
Alangkah hina dhaifnya diri 
Bila tiada apa-apa lagi
Setelah dimusnahkan tanpa duga


Lalu...

Sedarkan kita?
Insafkah kita?
Untuk terus berbuat dosa?
Mengujudkan pelbagai sengketa
Dengan fitnah dan kata dusta
Sehingga Allah memberikan amaran keras kepada kita
Untuk kembali  mengingati-Nya
Setiap saat setiap masa

Tanpa peringatan
Kita akan menjadi semakin alpa

Leka dan lupa siapa kita
Yang mungkin hanya sebesar debu di sisi-Nya!

Astaghfirullah!
Astaghfirullah!
Aastaghfirullah!
La haula wala Quwata illa billahil aliyul aziim


Sejenak menginsafi diri dalam tahajjud menjelang dinihari,
-CT Nurza-
06 Disember 2013

04:03 pg.

No comments: