ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, February 27, 2014

MOTIVASI DIRI 27 FEB 2014

:: "...Hidup yang terindah bilamana segala urusan dan rezeki kita dipermudahkan oleh Allah SWT biarpun dihalangi dengan seribu satu dugaan dan cabaran untuk beroleh kejayaan...keyakinan biar teguh, kesabaran biar utuh, ketabahan biar ampuh dan semangat jangan luluh!"::

-CT Nurza-
27022014
19:45am.

Wednesday, February 26, 2014

SAJAK : ALAHAI OMAK DEN - YASSIN SALLEH

Sejak omak kena stroke
omak sarat stress
petang semalam omak nangis
omak takut dia mati di sini
nanti susah nak bawa balik kampung
omak minta hantar dia pulang
dia tak nak periksa mata hari ni
alahai omak den.

Tadi pagi selepas Doktor kata
masih berlaku pendarahan di matanya
omak nangis lagi
omak takut jadualnya pergi umrah
terencat dan tersekat
omak minta segera di hantar pulang
ke kampung
omak takut kalau matanya tak nampak
macamana dia nak pandang cicit
Aduhai omak den

Tenteramlah Uwan
esuk den hantar Uwan pulang
malamnya kita buat lemang
Uwan timang cicit tesayang

yassinsalleh
1903 hrs. 26.2.14.
La Casa Pasifica D Yasleh
Copyright (c) 2014
yassinsalleh
All Rights Reserved.

*Terima kasih ayahanda YS SMS kan sajak ini...

MUTIARA KATA PILIHAN


"...Jangan sekali-kali membalas cercaan atau cemuhan yang melukai hati anda, kerana kesabaranmu dalam menghadapi semua itulah yang dengan sendirinya akan menguburkan semua kehinaan. KESABARAN adalah penyebab kemuliaan, DIAM adalah penyebab kekuatan untuk mengalahkan musuh dan MEMAAFKAN adalah penyebab dan tangga untuk mencapai pahala dan kemuliaan..." - Petikan buku motivasi islam "La Tahzan.


:: Barangsiapa meminta bantuan akal, ia akan meluruskannya. Barangsiapa meminta petunjuk pada ilmu, ia akan mengarahkannya :: - Ali Bin Abi Thalib.

 Biarkan keajaiban dari dalam diri anda meletus, agar hidup lebih berjaya dan bahagia...Dr. Ibrahim Elfiky..petikan dari buku Terapi Berfikir Positif.


Perpustakaan peribadi anda adalah Taman anda
yang nyaman, dan kebun anda yang hijau, maka berkelahlah di dalamnya bersama para ulama, ahli hikmah, sasterawan, dan para penyair...Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni (petikan buku motivasi Islamic LA Tahzan).


*Petikan daripada buku motivasi islami "La Tahzan & Terapi Berfikir Positif." Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua...terima kasih kepada pengunjung-pengunjung setia blog terpencil saya ini. Kunjungan anda amat-amat dihargai. Hormat dan mesra selalu...:)

*Kredit untuk grafik hiasan : Grafik Islamik. 
 

Sunday, February 23, 2014

PUISI : DI HADAPAN CERMIN




Di hadapan cermin 
Kududuk sendiri
Kulihat segala cacat cela yang menodai  
Jerawat pasir jerawat batu segala macam mencemari
Kuraup wajahku dengan jari jemari  
Alangkah malunya aku kepada diri
Debu dan kotoran melekat saban hari
Aduhai banyaknya kecacatan yang kumiliki
Alangkah bimbangnya di dalam fikir
Jika kotoran itu juga turut berkerak di hati
Membalut jiwa dengan mazmumah yang tak diingini
Tanpa sedar mengotorkan diri yang terlihat suci
 
Oh Tuhan,
Hindarilah aku dari sifat-sifat keji  
Yang akan merosakkan amalan diri
Sampai saat aku mengadap-Mu nanti
Ampunkan dosaku
Semoga nanti matiku tersenyum berseri-seri...

*Note : Bila rasa nak tulis aku pun menulis...
Idea spontan buat hiburan sendiri.

-CT Nurza-  
21022014  
0949mlm.

Saturday, February 22, 2014

MUTIARA KATA UNTUK DIRI SENDIRI



:: Nilai diri seorang wanita bukanlah dilihat pada kecantikan luaran, tapi nilai dalaman yang terletak pada iman dan kematangan untuk mendepani setiap masalah yang mendatang. Semoga aku mampu menjadi wanita seperti itu...berakal, berilmu, berakhlak, beriman dan bermoral...Insya-Allah! ::

Walaupun hati sering menangis
Namun aku bukanlah seorang yang pesimis!

Tamatkan masa untuk bersedih, mulakan kehidupan yang lebih bermakna dan berjaya setelah melewati musim-musim dugaan yang diberikan untuk aku belajar erti hidup dan persahabatan.

Hidup INI kenyataan dan setiap kenyataan akan kutempuh dengan berani. Kuatkan diriku Ya Allah!

-CT Nurza-
14022014
0948pm

*Kredit untuk Grafik Hiasan page Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

Friday, February 21, 2014

MOTIVASI BUAT DIRI


Assalamualaikum wbkth!
Selamat pagi semua. Apa khabar? doa dan harapan saya semoga teman-teman blogger dan rakan-rakan pengunjung setia blog NKN ini beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT selalu hendaknya...aamiin...

Mohon maaf kerana agak lama tak menceceh macam dulu-dulu kat blog ni, bukan apa sibuk sedikit dengan rutin hidup seharian di samping agak sibuk nak menyertai macam-macam pertandingan mengarang yang sedang diadakan sekarang ini kan? meyertai sekadar hobi dan minat sahaja sejak daripada awal penglibatan saya berjinak-jinak dengan dunia penulisan ini lagi. Bermula sejak dari tahun 1990-an sehinggalah ke saat ini masih tak jemu-jemu mencabar diri saya untuk menguji keupayaan diri sendiri. Hanya itu sebenarnya...menang atau kalah, itu soal lain bagi saya. Yang penting sentiasa semangat untuk mencuba.

Bak kat pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan pula nak dapat sagunya...kan..kan..kan???..jadinya,  kita kena berani bersaing secara sihat untuk cipta kejayaan buat diri sendiri...kalau direzekikan untuk berjaya, syukur alhamdulillah, jika sebaliknya jangan cepat mengganggap diri lemah dan tak mampu buat. Semua itu tetap ada hikmahnya untuk kita, kerana pintu kejayaan sentiasa terbuka luas seandainya kita terus mencuba, berani, yakin dan sentiasa bersemangat untuk menguji dan mencabar diri sendiri. Insya-Allah!

So, untuk pagi ni, tiada nukilan terbaru dapat dimuatkan di sini, cuma sekadar berkongsi kata-kata perangsang yang dipetik daripada buku "Terapi Berfikir Positif" karya Dr. Ibrahim Elfiky, salah seorang penulis buku-buku motivasi yang amat saya minati...Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita bersama.

Terima kasih, salam santun seluhur budi teristimewa buat semua pengunjung setia blog nukilankreatifnurza ini. Tanpa anda blog ini tidak akan berseri...hormat selalu...:)

Monday, February 17, 2014

CORETAN HATI YANG TERSAKITI


"Terima kasih dugaan-Mu Ya Allah! aku tak mampu untuk bersuara kerana cuba sedaya upaya mengawal emosi diri. Aku bimbang luahnya tidak bertepi lantaran calarnya hati ini disakiti. Kusimpuhkan segala rasa di dalam doa pada pekatnya malam yang bertandang. Kucoretkan segalanya sebagai sisa hampa dalam naskah hati yang teruji untuk proses mematangkan diri dan pemikiranku. Saat ujian-Mu tiba, aku berlajar untuk menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Semoga aku mampu menjadi pohon rimbun yang teguh berdiri walau hebat dipukul ribut dan taufan setiap hari. Taburkanlah bunga-bunga kesabaran di pentas jiwaku agar wanginya kelak dapat menjadi aroma yang melapangkan mindaku untuk terus bernafas di bumi ihsan-Mu. La hau la wala quwata illa billa hil aliyul a'ziim.~

-CT Nurza-
13022014
03:40ptg.

*Note : Kredit untuk Grafik hiasan Islamik

PUISI : FITNAH


Fitnah itu musibah
Musibah itu anugerah
Anugerah itu berhikmah
Hikmahnya rahsia Allah
Allah memberi mehnah
Mehnah itu tarbiah
Tarbiah untuk diri
Diri yang terkadang alpa
Alpa melaksanakan perintah
Perintah yang menjadi kewajipan
Kewajipan hamba kepada pencipta
Pencipta yang mengurniakan segala
Segala yang ada semua milik-Nya
Milik mutlak kepunyaan-Nya
Lantas...
Kuterima tiap musibah
Sebagai anugerah terindah dari-Nya
Untuk sang hamba yang terpilih
Terpilih untuk mendapat redha-Nya
Dalam ujian iman dan kesabaran yang kuhadapi

Terima kasih Ya Allah!
Kerana-Mu aku masih mampu bertahan!

-CT Nurza-
16 Feb 2014
11:40pm.

*Kredit untuk Grafik Hiasan #akucintaALLAH

Sunday, February 16, 2014

PANASNYALAH BARA TEMPURUNG - YASSIN SALLEH

Kicau burung simfoni kampung
tudung saji hanyut terapung
risau murung terapung-apung
cicit tertawa dikelek didukung.

Nenek tua merebus jantung
sambil ditumbuk penuh selesung
gulai kemahang masakan kampung
sajian Uwan kasihnya dijunjung.

Tudung saji hanyut terapung
Nyanyi alam semangat kampung
Tari balam nyanyi burung.

Panasnyalah bara tempurung.

yassinsalleh
0920 hrs. 15.1.14.
Kampungku nan permai.
Copyright (c) 2014
yassinsalleh
All Rights Reserved.

Saturday, February 15, 2014

SAJAK : IYOLAH OMAK - YASSIN SALLEH

Antara rawatan cataract mata
dan rindukan cicit di kampung
Uwan jadi murung
di hospital tiada kicau burung.
Uwan hilang selera makan
di hospital tiada ulam.
Di hospital cucu cicit tak boleh datang
Uwan nangis nak pulang.

Iyolah omak
mohlah den hantar pulang.

yassinsalleh
1436 hrs. 14.2.14.
Antara Puchong & Kampung.
Copyright (c) 2014
yassinsalleh
All Rights Reserved.

*Note : Sajak ini diterima menerusi SMS. Terima kasih ayahanda Yassin Salleh.
 http://yassinsalleh.blogspot.com/2014/02/allah-swt-tahu-ini.html

Wednesday, February 12, 2014

BILA ORANG TANYA - YASSIN SALLEH


Orang tanya
Kenapa aku tak hantar sajak lagi
Dah takde ilham ke?
Aku diam saja.
Ilham ada.
Idea banyak
Metafora berlambak.
Tapi fon hilang upaya
Kredit belum topup.
Tunggulah dulu
Esuk aku jual sekerap
Nanti aku SMSkan
Sajak balada cinta tigasegi
Bintang, Bulan dan Matari
Menari-nari di Santubong
Menyanyi-nyanyi di Kinabalu
Dan Titiwangsa runduk malu-malu.

Yassinsalleh
1925 hrs. 12.1.14
Mencari Air Terjun Di Kaki Embun.
Copyright © 2014
Yassinsalleh
All Rights Reserved.
http://yassinsalleh.blogspot.com/2014/02/allah-swt-tahu-ini.html.

*Note : Untuk dapatkan buku puisi Simfoni Sepi Yassin Salleh sila layari laman web beliau untuk sebarang pembelian atau tempahan. Terima kasih.