ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, February 12, 2014

KATA-KATA RENUNGAN DIRI.


Tidak ada perkara yang paling menyakitkan hati setiap insan melainkan kata-kata fitnah yang tidak berasas dan membuta tuli. Akibat kata-kata yang tidak terjaga, ukhuwah yang terbina boleh punah sekelip mata. Kawan baik boleh bertukar menjadi musuh ketat hanya kerana fitnah dan hasad dengki. Manusia yang suka menabur fitnah terhadap jiran tetangga ibarat langau yang kotor.

Memberi kemaafan terhadap si pemfitnah bukanlah perkara yang mudah kerana ia melibatkan hati, mencalarkan maruah dan peribadi serta meninggalkan kesan emosi yang mendalam pada diri. Dek kerana fitnah orang sekeliling menjadi negatif memandang kita, kerana hanya mendengar keaiban yang dicanangkan dan dijaja di laman sosial oleh insan yang tidak bertanggungjawab itu tanpa menyelidik dan  mengetahui perihal sebenar yang berlaku.

Malangnya si penabur fitnah kerana dosa anda terlalu besar. Sukar untuk dimaafkan bila terkena kepada diri sendiri. Apa pun diucapkan terima kasih kepada yang melakukan perbuatan itu kepadaku. Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dengan caranya yang tersendiri. Aamiin.



-CT Nurza-
12 Feb 2013.
0756ptg.

*Note : Kredit untuk Grafik Hiasan Majalah Anis & Ikim.Fm.

No comments: