ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, February 5, 2014

NOTA TENTANG SAJAK - YASSIN SALLEH



Kalau takut pembaca tak faham, jangan tulis sajak, tulislah rencana untuk tabloid mingguan.

Kalau takut pembaca tak jelas, jangan tulis sajak, tulislah berita di akhbar arus perdana yang turut disertakan gambar peristiwa.

Kalau takut pembaca tidak cukup dibantu dengan penerangan yang terperinci, jangan tulis sajak, tulislah manual panduan mengguna, siap dengan gambar rajahnya lagi.

Kalau tak tahu apa itu metafora, personafikasi dan rhima, janganlah nak jadi penyair, jadi sajalah petisyen writer, duduk bawah payung di tepi pokok, di bahu lorong tepi longkang pejabat-pejabat tanah, jpj atau kebajikan masyarakat atau rumah bicara tangkap khalwat atau kompleks studio kilang ponografi politik.

Kalau mahu jadi penyair, jangan syok sendiri, bergurulah dahulu, sekurang-kurangnya selama tujuh tahun, sekurang-kurangnya membaca tujuh ribu sajak karya sekurang-kurangnya tujuh puluh penyair-penyair besar dunia.

Sajak tidak semudah menuliskan 'heppi besday' dalam teks SMS. Sajak lebih dari itu.

*Sekadar perkongsian : Nota ini sudah lama saya simpan sejak ayahanda Yassin Salleh kongsikan di wall fb saya suatu ketika dahulu. Terima kasih ayahanda atas perkongsian ini. Izinkan saya berkongsi di sini untuk rakan-rakan yang sedang berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Semoga ia memberi manfaat untuk kita bersama.

No comments: