ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, February 4, 2014

PUISI : KERANA CINTA-NYA


Cinta itu unik
Diadun dengan pelbagai rasa
Agar kita hargai kehadirannya
Walau terpaksa menyusur derita
Walau terpaksa merentas sengsara
Namun kerana cinta
Manusia menjadi semakin dewasa
Mencorak hidup dengan semangatnya
Menjadi motivasi melengkapkan diri
Lantaran cinta realiti
Turut mengadun kasih kepada Ilahi
Justeru DIA yang membukakan pintu hati
Menyempurnakan segala mimpi!

Nukilan spontan,
CT Nurza.
02 February 2014

*Kredit untuk Grafik Hiasan yang dipinjam...:)

No comments: