ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, February 5, 2014

SAJAK : P. RAMLEE - YASSIN SALLEH

Sendirian di sini
Di bilik hotel murah ini
Aku bermimpi jumpa P. Ramlee
Di taman pelangi bersama permaisuri
Dia nyanyi tidurlah permaisuri,
Aduh sayunya.
P. Ramlee pada matinya
Dia tidak punya apa-apa lagi
Dah tak siapa peduli
Kadang di meja tak de nasi.
Aduhai pilunya.
Demikianlah
Tragedi seorang lagenda seni.
Siapalah aku nak berasa sukarnya
Berpaut di dinding
Nak ke bilik air
Jauh di belakang
Di hotel murah ini
Aduhai
Esuk sambung lagi
Repair kaki.

yassinsalleh
0525 hrs.. 5.1.14
Hotel 'pak kung ipoh mali'
Copyright (c) 2014
All Rights Reserved.

No comments: