ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, March 31, 2014

CONTOH PENULISAN NOVEL TRAVELOG - KHAIRY TAJUDIN NOVELIS

Assalamualaikum...
Memandangkan saya sendiri amat menyukai Novel Travelog, jadi di sini saya ingin kongsikan satu contoh penulisan Novel Travelog yang saya kira dapat membantu kita semua, untuk mengetahui bagaimana cara-cara menghasilkan sebuah Novel Travelog yang terbaik.

Sila baca catatan perjalanan Tn. Khairy Tajudin mengenai Bengkel Penulisan Novel Islami di Kuantan baru-baru ini. Layari laman web beliau menerusi link ini.

http://khairytajudin.com/catatan-perjalanan-bengkel-penulisan-novel-di-kuantan/



Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini mampu memberikan idea-idea yang bernas buat kita semua. Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai Bengkel beliau, silalah berhubung terus dengannya melalui akaun Facebook (Khairy Tajudin Novelis).

Terima kasih dan salam hormat untuk semua...:)

-CT Nurza-
31 Mac 2014

06:05ptg.

*Kredit untuk Foto Page Kelas Penulisan Novel Islami & Khairy Tajudin Novelis.

Sunday, March 30, 2014

FOTO BENGKEL PENULISAN KREATIF (NOVEL ISLAMI)




Assalamualaikum dan selamat petang semua!
Apa khabar? sihat? ceria? bahagia? walau apa pun jawapannya, saya di sini sentiasa mendoakan agar tetamu-tetamu setia blog NKN ini berada dalam situasi sihat walafiat dan tenang-tenang semuanya. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman maya tempat saya sering bertapa, bersantai dan menuang idea di sini dengan ilham-ilham spontan yang kadang-kadang datang dan perginya juga sekelip mata bila terlupa menyimpannya dalam memori chip fikiran saya ini...hehehe...semacam gitu ayat.

Mohon maaf banyak-banyak kerana beberapa hari ni tak sempat nak jengah-jengah dan tinjau blog saya ini. Namun begitu, syukur, Alhamdulillah! anda semua pengunjung-pengunjung yang amat saya hargai dan hormati sentiasa setia menemani saya di sini. Terima kasih dan terima kasih...walau pun tak mengenali antara satu sama lain, tapi kalian semua tetap di hati...Insya-Allah!

Untuk pengetahuan semua 2,3 hari lepas saya agak sibuk sedikit. Sibuk dengan urusan keluarga kerana malam jumaat baru ni, di rumah emak mertua saya ada buat sedikit kenduri tahlil untuk arwah abang ipar saya yang baru sahaja meninggal dunia pada 06 Mac 2014 yang lalu. Pada petang jumaat pulak, saya bergegas ke Kuantan bersama suami tercinta kerana sabtu 29 Mac 2014 saya ada mengikuti "Kursus Penulisan Kreatif (Novel Islami)" yang sekian lama saya impikan untuk menghadirinya jika ada kesempatan, ruang dan peluang untuk saya turut menyertainya. Syukur Alhamdulillah, Allah SWT telah menyempurnakan impian saya dan permudahkan segalanya.

Teruja dan gembira sangat2 kerana banyak ilmu dan tip yang saya perolehi hasil daripada menyertai bengkel tersebut. Sifu-sifu yang memberikan bimbingan dalam kursus tersebut juga amatlah menyenangkan hati dan hebat-hebat belaka. Tahniah En. Khairy, En. Amir & En. Azlan (Novelis2 & Editor Galeri Ilmu). Segala ilmu yang dicurahkan Insya-Allah, akan cuba dimanfaatkan dan diaplikasikan sebaik mungkin suatu hari kelak...:)

Ok, sampai sini dulu...salam mesra untuk semua.

-CT Nurza-
30 Mac 2014
05:44ptg.

Tuesday, March 25, 2014

PUISI : TANGISAN DI HUJUNG PENCARIAN #MH370



Bertakung sebak di kolam rasa
Saat mendengar khabar berita
Musibah menimpa sejarah dunia
Di Selatan Lautan Hindi pesawat bersemadi
Merungkai segala pertanyaan dan teka-teki
Tiada yang terselamat dalam tragedi

Segalanya ini...
Atas ketentuan qada’ dan qadarnya
Untuk kita insan bergelar  hamba
Dalam perancangan Yang Maha Esa

Justeru,
Tabahkan hati pasrahkan jiwa
Menerima takdir ditentukan oleh-Nya
Bila tertulis begitu sudahnya

Perkhabaran pilu  #MH370
Menenggelamkan kita di  lautan duka
Satu dunia menangisi kehilangannya
Tidak terucap dengan kata-kata
Penantian berakhir menyayat jiwa
Sukma dirobek lara nestapa
Hanya doa dan al-fatihah dikirimkan untuknya
Semoga yang pergi  tenang dalam redha-Nya
Yang hilang pasti kembali pulang

Wahai Tuhanku Yang Maha Pengasih!
Ampunilah dosa mereka semua
Himpunkanlah mereka  dalam kalangan
Para hamba yang Kau kasihi

Innalillah hiwainnailahiraji’uun
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita kembali

Salam Takziah buat keluarga mangsa pesawat #MH370. Semoga diberikan ganjaran pahala di atas musibah ini...amin.

Nukilan spontan dari hati yang turut bersedih,
-CT Nurza-
25 Mac 2014-
02:13pg

Monday, March 24, 2014

MUTIARA KATA BUAT DIRI


:: Jangan jadikan diri kita lebih buruk dari orang yang gemar memburuk-burukkan kita dengan sengaja agar ramai yang membenci dan menjauhi disebabkan iri hati dan kedengkiannya, malah jadikan diri kita semakin bertambah baik dan berkualiti hasil daripada caci maki dan cercaannya yang tiada henti, kerana Allah SWT telah berikan kita pahala yang banyak dengan mudah bila kita sabar dengan dugaan-Nya. Berdiam diri bukan tanda kita lemah dan kalah tetapi tanda kita masih punya iman dan akal yang waras untuk berfikir dengan matang mana yang terbaik dan mana yang buruk perlu kita jauhi. Insya-Allah! ::

-Gunakan lidah sebaik mungkin-


-CT Nurza-
22 Mac 2014.

*Kredit untuk Gambar Hiasan rakan komuniti G+ yang dipinjam...terima kasih izin share...:)

Saturday, March 22, 2014

MUTIARA KATA : AMANAH

:: Sifat "AMANAH" menyebabkan manusia dipercayai. Tanpanya, rendahlah kualiti diri. Mencari insan yang amanah, ibarat mencari seteguk air di padang pasir. Letih, lesu dan amat payah untuk ditemui. ::


-CT Nurza-
22 Mac 2014

08:24pg.

PUISI : BILA SESUATU MENGECEWAKAN HATI




Bila sesuatu mengecewakan hati
Carilah inspirasi lonjakkan diri
Capailah bintang di awan tinggi
Dengan semangat dan jati diri
Beridentiti dengan imej sendiri


Bila sesuatu mengecewakan hati
Jangan disalahkan takdir Ilahi
Mungkin itulah kekhilafan diri
Untuk kita lihat dan selongkari
Betapa banyak kekurangan diri
Perlu kita perbaiki dan atasi
Bukan terus lemah meratapi
Nasib diri yang begitu begini


Bila sesuatu mengecewakan hati
Bangkitlah bersihkan diri
Rapatkan diri kepada Ilahi
Sucikan jiwa bersihkan nurani
Berusaha mantapkan iman dan rohani

Jangan sombong menadah tangan
Ambillah waktu untuk bersujud
Dengan rendah hati dan penuh pasrah
Agar keampunannya meleraikan tiap masalah
Menghilangkan segala gundah dan penat lelah


Bila sesuatu mengecewakan hati
Merayulah kepada-Nya Yang Maha Pemberi
DIA-lah Rabbul Izzati Maha Mengasihi
Peniup semangat ke dalam diri
Dengan nikmat dan rezeki yang diberi
Menurut kadar usaha dan kehendak-Nya
Andai kita percaya dan yakin diri


Sesungguhnya Allah Maha Menyayangi!


Nukilan spontan di awal pagi,
-CT Nurza-
22 Mac 2014
01:00pg.

*Note : Kredit untuk Grafik Hiasan Page I Luv Islam.

Friday, March 21, 2014

MOTIVASI UNTUK DIRI 21 MAC 2014


:: Sekiranya anda berani menghadapi tentangan dan berani menerima kritikan membina secara terbuka terhadap apa yang anda lakukan, itu bermakna anda seorang yang mempunyai daya saing yang tinggi untuk mencipta perubahan dan kemajuan terhadap diri sendiri dan orang lain....Jua anda merupakan seorang yang berpendirian teguh dan tegas terhadap apa yang anda usahakan. Percayalah pada diri sendiri, selamat berjaya! ::

-CT Nurza-
21 Mac 2014
06:47am.


Wednesday, March 19, 2014

SEKADAR CORETAN & DOA


Assalamualaikum dan selamat malam buat semua tetamu-tetamu setia blog kesayangan saya ini, tak kira di mana saja anda berada, saya doakan anda semua sihat-sihat dan gembira selalu. Terima kasih sekalung budi saya ucapkan di atas kesudian anda untuk menyinggah ke laman ini.


Hari ni result STPM dah pun diketahui. Kepada adik-adik yang telah pun mendapat keputusan tu, saya ucapkan Tahniah! kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya, jangan cepat kecewa dan putus asa, kerana setiap insan ada kelebihan dan  kekurangan masing-masing. Jika kita tidak begitu berjaya dan cemerlang dalam bidang akademik, jangan terus menganggap diri kita gagal dan tiada peluang untuk berjaya seperti rakan-rakan yang lain. Semua itu ada hikmahnya.

Di sebalik kegagalan ada kejayaan yang menanti asal sahaja kita tahu di mana pintu kejayaan yang perlu kita masuki dan sentiasa terbuka untuk kita lalui dan tembusi. Kenali diri sendiri! pasti kita akan temui sesuatu yang paling berharga harus kita gali dan cungkil suatu hari nanti, untuk menjadi sebutir mutiara yang paling tinggi nilainya ada pada diri kita yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada setiap insan. Begitu juga diri kita, tidak terkecuali jika kita terus mencari...carilah apa bakat dan minat yang ada pada diri kita dan gilap tanpa jemu. Semoga suatu hari nanti ianya akan bersinar membawa anda ke suatu puncak kejayaan yang tidak pernah anda fikirkan sebelum ini...Insya-Allah! (Opsss, ni nasihat berdasarkan pengalaman sendiri yang telah dilalui...:)

Buat anak-anak saudara ku yang tersayang, Tahniah! dari mak cu untuk kalian semua di atas kejayaan yang diperolehi. Semoga segala impian dan cita-cita akan tercapai dengan jayanya. Jangan lupa kejayaan kita itu milik Allah SWT, maka tunaikan solat sunat kesyukuran atau pun sujud syukur di atas kejayaan yang dikurniakan oleh-Nya agar kita tidak lupa segalanya itu cuma pinjaman dari-Nya. Mak cu sayang kalian semua dan didoakan semoga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah buat ayahanda dan bonda tercinta serta berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Sebelum mengakhiri coretan ini, jom kita sama-sama amalkan doa untuk mengelakkan sifat malas agar kita terhindar dari menjadi orang yang rugi. Macamana tak rugi, kalau dah malas apa pun tak bolehhhh...kannnnn??? hehehe...apa pun selamat beristirehat dengan tenang untuk semua...jumpa lagi...jaga diri hiasi peribadi.



-CT Nurza-
19 Mac 2014

09:21pm.

*Kredit untuk Grafik Doa "Page" Kapten Norudin Abd. Majid. Terima kasih.

MOTIVASI DIRIKU : HIDUP PERLU ADA KEKUATAN DALAMAN


:: "...Hasil terbaik untuk segala usaha, bersyukur dengan langkah yang diambil, tidak bersungut dengan apa yang diperolehi walaupun permulaannya hanya diberikan sesuatu yang kecil dan sedikit tetapi berusaha kembangkan idea, kembangkan minat, tingkatkan usaha, lakukan dengan kesungguhan dan ketekunan di samping tidak henti berdoa, Insya-Allah! hasilnya tetap menyerlah sedikit demi sedikit dan mampu membuatkan diri tersenyum puas dan gembira, lantaran sesuatu yang tidak terduga telah menjadi nyata..."::

Demikianlah  pengalaman diri yang kuperolehi dari keberanian untuk bertindak drastik meninggalkan manusia yang gemar menghina demi melakukan apa yang aku suka berpunca dari maki hamun seseorang. Terima kasih kuucapkan kepada si pemaki yang muka bajet hensem tapi mempunyai lidah yang jahat dan hati berdaki tak hensem macam yang kusangkakan itu ya. Ketahuilah, kerana lidah-Mu, aku terus berjaya dengan usahaku...alhamdulillah! sesungguhnya Allah bersamaku, menilai niat di hatiku dan memberikan aku segala kekuatan...syukran!

Semoga dikembalikan penghinaan itu kepada si penghina...terima kasih! :'(
-CT Nurza-
18 Mac 2014.

*Kredit untuk grafik hiasan : Page National Geography.

Sunday, March 16, 2014

PUISI : RATAPAN MH370




Di jenang rasa
Ibu ayah berteleku buntu
Ratap hiba menyirat lara
Kenangkan anak entah di mana
Hilang di udara tanpa berita
Ditelan kabus sekelip mata
Wajah ceria bertukar duka

Saban hari menyeka sebak dan airmata

Duhai ibu
Duhai ayah
Tabahlah diuji Allah
Kalian insan terpilih
Mungkin musibah satu anugerah
Sebagai asbab untuk sampai ke syurga Allah
Jika kalian redha dan pasrah

Duhai anak
Bertuah kalian didoakan ibu dan ayah
Walau kini telah terpisah
Doa ibu ayah sentiasa tercurah
Saat menatang musibah sebagai mehnah
Dalam keperitan cubaan melanda
Tidak diketahui apa rahsia keajaiban Allah
Untuk hamba yang sengaja diduga


Bersangka baiklah kita semua
Mungkinkah kehilangan ini suatu rahmat
Untuk Allah satukan hati-hati kita
Dari terus berpecah belah
Tunding menunding salah menyalah
Bersengketa tanpa henti
menabur fitnah di sana sini
Tanpa berusaha memperbaiki diri
Sedang kematian semakin mendekati
Namun kita asyik keji mengeji bercakaran
Membongkar keaiban menyerlahkan keburukkan
Mempamerkan peribadi penuh kelemahan


Insaflah duhai insan
Kita kutip hikmah di sebalik kejadian
Bersatulah mencari kebenaran
Bukan bersatu mencipta kehancuran!


Pulanglah MH370
Lantaran munculmu kelak
Akan merungkai segala silangkata
Yang penuh berselirat di minda
Dengan pelbagai andaian dan cerita
Selagi jawapan belum dapat ditemukan

 
Sesungguhnya tiada daya upaya kami
Melainkan hanya berserah kepada-Mu Ya allah!

 

“Apa yang kunukil itu yang kurasa!”


Nukilan spontan,
-CT Nurza-
16 Mac 2014

10:48pg.