ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, March 8, 2014

PUISI : KITA WANITA ISTIMEWA (Selamat Hari Wanita 2014)


Kita wanita...
Dicipta Allah cukup sempurna
Diberi pelbagai kurnia

Anugerah teristimewa dari-Nya
Janganlah pula disalah guna  
Hingga kelak diri merana

Kita Wanita...
Bukan untuk menjadi dagangan
Walau lembut dan banyak kelemahan
Tapi kita tetap punya kekuatan
Memiliki jiwa yang penuh kecekalan
Meski terpasung dijerut derita
Lantaran menempuh ujian dari-Nya
Kita tetap mampu bertahan
Dengan seribu satu ketabahan
Biar digamit kepahitan kepayahan


Kita wanita...
Walau sering bercucuran airmata
Namun hati menggengam semangat waja
Tidak goyah diusik hampa
Walau ditiup ribut kecewa
Bila setia dan percaya diragut dinoda
Oleh insan pendusta
Yang hanya tahu menghadiahkan sengsara


Kita wanita...
Bangkitlah dari segala nista
Kita bukakan segala mata yang menghina
Agar mereka tahu siapa kita
Wujud bukan tiada erti apa-apa
Tidak sekadar hanya di dapur tempat layaknya
Tetapi kita...
Turut mampu menyemarakkan obor dunia
Dengan kehebatan semangat yang ada
Menebarkan ilmu meluaskan pemikiran
Dengan visi dan wawasan tersemat di dada
Untuk sama berganding tenaga
Membentuk ummah mencorakkan negara


Wahai wanita...
Marilah kita berusaha bersama
Bangkitlah jangan terus terlena
Ayuh tingkatkan kualiti diri dan jiwa
Kerana kita tetap ada kehebatannya
Dalam penciptaan Allah Yang Maha Esa!


Nukilan spontan,
-CT Nurza-
08 Mac 2014
01:51 am


No comments: