ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, March 14, 2014

PUISI : MH370 MUNCULLAH KEMBALI DIBELAHAN AWAN!



Esak tangis kaum keluarga
Meratap hiba tiap ketika
Hancur luluh menggigit rasa
Sayu pilu merentas gegelung jiwa
Menunggu harap dalam pasrah
Bertaut doa kepada-Nya

Sudah seminggu tragedi berlaku
MH370 masih lagi belum ketemu
Ketentuan ini adalah takdir-Mu
Kebarangkalian penghapus dosa kami hamba-hamba-Mu
Yang terkadang leka dan alpa bersujud kepada-Mu
Bila dikurniai pelbagai nikmat anugerah dari-Mu

Oh Tuhan, Yang Maha Pengasih!
Engkaulah Maha Agung dari segala keagungan
Kau pemilik Arasy yang tertinggi
Menaungi segala naungan
Kau lindungilah kesemua insan yang di dalam pesawat MH370
Dari malapetaka dan bahaya
Dari segala kesulitan dan kepayahan
Kasihanilah mereka dan keluarga mereka Ya Allah!
Setiap waktu berendam airmata
Sugul murung kehilangan ahli keluarga
Menyentap jantung hayat  sekelip mata
Mendengar khabar  pesawat hilang tiba-tiba
Bagaikan terputus nyawa dibadan seketika

Wahai Ar-Rahman...
Kesaksian kami hanya kepada-Mu
Tiada Tuhan yang layak disembah
Selain darimu Ya Allah!
Perkenankanlah doa munajat kami  dengan ihsan-Mu
Perlihatkanlah kembali pesawat MH370 itu
Kepada penglihatan kami
Walau di sebalik kerak awan yang melindung
Semoga segala misteri tidak lagi menjadi spekulasi
Yang akan melumatkan lagi tangkai hati 
Kaum keluarga sanak saudara yang sentiasa menanti

MH370
Kami tiupkan semangat dan harapan yang tinggi untukmu
Setinggi gumpalan awan yang terbentang indah
Munculkanlah kembali kapten Zahari
Membawa pulang semua krew dan penumpang MAS dengan selamat
Di hari jumaat yang penuh barokah ini

Selamatlah hendaknya mereka
Dalam doa mukmin mukminah
Berkat usaha dan tawakkal yang dilakukan ketika kini.

La ila ha illa anta
Subhanaka inni
kuntumminaz zholimin
La hau lawala quwata illa billahil aliyil aziim.

Nukilan spontan,
-CT Nurza-
14 Mac 2014
03:28pg.

*Kredit untuk grafik hiasan TV Al-Hijrah.

No comments: