ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, March 7, 2014

PUISI : MUSUHILAH DADAH




Kerana dadah
Masa depan menjadi punah
Kehidupan menjadi musnah
Kaum keluarga asyik berbalah
Sanggup menderhakai ibu dan ayah

Insaflah anak-anak bangsaku
Jadilah Melayu yang kian maju
Bukan Melayu yang semakin lesu
Melayu yang memalukan bangsa Melayu
Masih bernyawa tetapi kaku
Sering mengalirkan air mata si ibu

Duhai anak-anak bangsaku
Cari dan galilah ilmu selagi mampu
Usah rosakkan masa depanmu
Kerana usiamu adalah penentu
Baik buruk masa depanmu
Di mana matlamat dan arah tuju
Jika diri terbiar begitu

Kembalilah anak-anak bangsaku
Kembalilah mencari  keredhaan Allah
Berpalinglah jika tersesat arah
Kembali semula ke pangkal jalan
Jangan biarkan diri hanyut menjadi sampah
Tak dipandang tak bernilai

Kita anak Melayu
Perlu kukuh jati diri
Berusaha untuk maju
Agar  dapat menjadi contoh
Demi agama, bangsa dan negara

Musuhilah dadah
Kerana dadah
Melayu kehilangan maruah!

Nukilan spontan,
-CT Nurza-
07 Mac 2014-03-06
12:06 tghmlm

*Note : Kredit untuk Grafik Hiasan page UAI.

No comments: