ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, March 16, 2014

PUISI : RATAPAN MH370




Di jenang rasa
Ibu ayah berteleku buntu
Ratap hiba menyirat lara
Kenangkan anak entah di mana
Hilang di udara tanpa berita
Ditelan kabus sekelip mata
Wajah ceria bertukar duka

Saban hari menyeka sebak dan airmata

Duhai ibu
Duhai ayah
Tabahlah diuji Allah
Kalian insan terpilih
Mungkin musibah satu anugerah
Sebagai asbab untuk sampai ke syurga Allah
Jika kalian redha dan pasrah

Duhai anak
Bertuah kalian didoakan ibu dan ayah
Walau kini telah terpisah
Doa ibu ayah sentiasa tercurah
Saat menatang musibah sebagai mehnah
Dalam keperitan cubaan melanda
Tidak diketahui apa rahsia keajaiban Allah
Untuk hamba yang sengaja diduga


Bersangka baiklah kita semua
Mungkinkah kehilangan ini suatu rahmat
Untuk Allah satukan hati-hati kita
Dari terus berpecah belah
Tunding menunding salah menyalah
Bersengketa tanpa henti
menabur fitnah di sana sini
Tanpa berusaha memperbaiki diri
Sedang kematian semakin mendekati
Namun kita asyik keji mengeji bercakaran
Membongkar keaiban menyerlahkan keburukkan
Mempamerkan peribadi penuh kelemahan


Insaflah duhai insan
Kita kutip hikmah di sebalik kejadian
Bersatulah mencari kebenaran
Bukan bersatu mencipta kehancuran!


Pulanglah MH370
Lantaran munculmu kelak
Akan merungkai segala silangkata
Yang penuh berselirat di minda
Dengan pelbagai andaian dan cerita
Selagi jawapan belum dapat ditemukan

 
Sesungguhnya tiada daya upaya kami
Melainkan hanya berserah kepada-Mu Ya allah!

 

“Apa yang kunukil itu yang kurasa!”


Nukilan spontan,
-CT Nurza-
16 Mac 2014

10:48pg.

2 comments:

ainnur mustaqim said...

mmmmm....dengan berlatarbelakangkan alunan muzik yang menyentuh jiwa, puisi mu benar2 meruntun gelora sukma pada yg membacanya...pulanglah...

CT Nurza ® said...

Assalamualaikum my fren...huhuhu...muzik sedih ni sebab hati ni memang touching sangat2 memikirkan apa telah terjadi kan?...bagaiamanalah keadaan krew2 dan penumpang yang hilang tu...apa pun kita teruskan berdoa untuk mereka semua...:'(