ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, March 4, 2014

SAJAK : DI LUAR TEMBOK SYURGA

Aku datang lagi esuk
sesudah mimpi itu tamat
dan aku terbangun
bila langsir diselak angin
membawakan gambar
hari yang cantik.

Tidak ada lagi semalam
cuma esuk sarat sepi
gemersik nyanyi kecapi
mengiring bujukan sang isteri
tak payahlah pergi
orang tua tu sakitnya
tak seberapa.

Airmata mengalir
untuk pipi Ibu saja
kata-kata bisu
untuk bibir Ibu tua
yang herut dipiuh stroke

Oklah tu rang muda
kau juga punya anak
kau juga akan tua
biasanya,
hutang kena bayar tunai
di dunia kalaupun tidak
di luar tembok syurga.

yassinsalleh
1112 hrs. 4.1.14.
Di tepi sungai
airnya tidak jernih.
Copyright (c) 2014
yassinsalleh
All Rights Reserved.
http://yassinsalleh.blogspot.com/2013/10/runtuhan-mimpiku.html

No comments: