ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, March 15, 2014

SAJAK : MENGGESEK ANTAH DI JENDELA SENJA - YASSIN SALLEH

Nak menyanyi suaraku tak merdu
Nak bermuzik melodiku sonder harmoni
takde siapa nak mendengarnya
makanya, 
aku tulis sajalah sajak.
Tapi,
nak bersajak tentang apa ya.

Nak tulis pasal bubu dan kelapa dua biji
takut pulak aku
nanti kena tampar macam buaya.
Nak tulis pasal cinta mendayu kasih
malu pulak aku
nanti orang kata aku
orang tua tak sedar diri.
Aduhai,
susah sungguh
bila yang cuma masih ada
hanyalah kepandaian
bertukang kata-kata
dan menggesek antah di jendela senja.

yassinsalleh
1943 hrs. 14.3.14
La Casa Pasifica D Yasleh
Copyright (c) 2014
yassinsalleh
All Rights Reserved.
http://yassinsalleh.blogspot.com/2013/10/runtuhan-mimpiku.html

No comments: