ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, March 19, 2014

SEKADAR CORETAN & DOA


Assalamualaikum dan selamat malam buat semua tetamu-tetamu setia blog kesayangan saya ini, tak kira di mana saja anda berada, saya doakan anda semua sihat-sihat dan gembira selalu. Terima kasih sekalung budi saya ucapkan di atas kesudian anda untuk menyinggah ke laman ini.


Hari ni result STPM dah pun diketahui. Kepada adik-adik yang telah pun mendapat keputusan tu, saya ucapkan Tahniah! kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya, jangan cepat kecewa dan putus asa, kerana setiap insan ada kelebihan dan  kekurangan masing-masing. Jika kita tidak begitu berjaya dan cemerlang dalam bidang akademik, jangan terus menganggap diri kita gagal dan tiada peluang untuk berjaya seperti rakan-rakan yang lain. Semua itu ada hikmahnya.

Di sebalik kegagalan ada kejayaan yang menanti asal sahaja kita tahu di mana pintu kejayaan yang perlu kita masuki dan sentiasa terbuka untuk kita lalui dan tembusi. Kenali diri sendiri! pasti kita akan temui sesuatu yang paling berharga harus kita gali dan cungkil suatu hari nanti, untuk menjadi sebutir mutiara yang paling tinggi nilainya ada pada diri kita yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada setiap insan. Begitu juga diri kita, tidak terkecuali jika kita terus mencari...carilah apa bakat dan minat yang ada pada diri kita dan gilap tanpa jemu. Semoga suatu hari nanti ianya akan bersinar membawa anda ke suatu puncak kejayaan yang tidak pernah anda fikirkan sebelum ini...Insya-Allah! (Opsss, ni nasihat berdasarkan pengalaman sendiri yang telah dilalui...:)

Buat anak-anak saudara ku yang tersayang, Tahniah! dari mak cu untuk kalian semua di atas kejayaan yang diperolehi. Semoga segala impian dan cita-cita akan tercapai dengan jayanya. Jangan lupa kejayaan kita itu milik Allah SWT, maka tunaikan solat sunat kesyukuran atau pun sujud syukur di atas kejayaan yang dikurniakan oleh-Nya agar kita tidak lupa segalanya itu cuma pinjaman dari-Nya. Mak cu sayang kalian semua dan didoakan semoga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah buat ayahanda dan bonda tercinta serta berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Sebelum mengakhiri coretan ini, jom kita sama-sama amalkan doa untuk mengelakkan sifat malas agar kita terhindar dari menjadi orang yang rugi. Macamana tak rugi, kalau dah malas apa pun tak bolehhhh...kannnnn??? hehehe...apa pun selamat beristirehat dengan tenang untuk semua...jumpa lagi...jaga diri hiasi peribadi.



-CT Nurza-
19 Mac 2014

09:21pm.

*Kredit untuk Grafik Doa "Page" Kapten Norudin Abd. Majid. Terima kasih.

No comments: