ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, June 10, 2014

GUNUNG SENYUM DAN EKSPEDISIKU 2014


Pic 1 : Pintu Gerbang Masuk Ke Kawasan Rehat Gunung Senyum.


Pic 2 : Pokok Keladi Hutan yang terdapat di pintu masuk menghala ke gua.



Pic 3 : Pokok Tongkat Ali (Buahnya berwarna merah)



Pic 4 : Pokok Herba untuk merawat penyakit kaum wanita yang mengalami masalah selepas bersalin.



Pic 5 & 6 : Utusan sukarela yang mencari jejak puteri bunian yang telah hilang....hehehe...

 

Pic 7 : Pemandangan di dalam Gua Terang Bulan.

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum semua...hemmm...dah berhari-hari tak menjenguk blog kesayangan saya ni, rindu jugak kadang-kadang nak menaip sesuatu, walaupun hanya sepotong ayat sekadar ucapan salam pastinya.


Sebenarnya, bukan tak nak bukak blog sejak kebelakangan ni. Cuma sibuk sedikit dengan tugas rutin yang menjadi kewajipan hakiki untuk dilunasi agar semuanya baik-baik dan tenang-tenang sahaja kan??...bercerita pasal Gunung Senyum ni?...haaa, nak tau ke kenapa saya sanggup pergi ke sana dan panjat gunung, susur gua-gua yang ada di sana dan sebagainya tu??

Yang sebenarnya kan? ini adalah kali kedua saya panjat gunung tu. Tapi kali ini panjat sendiri dengan ditemani oleh suami, adik ipar dan emak mertua saya...haaa..emak mertua saya yang usia dah 70 tahun pun masih boleh panjat gunung lagi tau, semata-mata nak tengok apa ada kat sana sambil temankan saya buat sedikit kajian untuk menyiapkan penulisan Syair saya tentang bahan-bahan sejarah Negeri Pahang, untuk Projek Buku bersama Dewan Bahasa & Pustaka dengan kerjasama Akademi Syair Pahang tidak lama lagi. Jadinya, untuk mendapatkan info penting dan serba sedikit fakta yang saya perlukan untuk proses penulisan syair tersebut, maka saya dengan suka hati dan riang-rianya ajaklah En. Suami & adik ipar saya tolong temankan pergi ke sana. 


Kebetulan kami pergi tu pada hari Ahad, jadi nak naik ke atas kenalah pergi sendiri ikut petunjuk2 yang ada di situ. Emmm, pemandangan di situ dah banyak berubah. Sudah semakin cantik dan mengujakan...damai tak terkata. Walaupun tak sangka-menyangka nak panjat gua sampai ke atas hari tu, tapi demi semangat nak lihat keadaan gua-gua yang ada di situ setelah sekian lama tidak ke sana, maka kami semua gagahkan diri walaupun pakaian masing-masing tidak melambangkan pendaki gua...hahaa...yang penting semangat tu tetap nombor satu. Semuanya tidak mustahil walaupun menempuh seribu satu kepayahan nak menyusuri denai-denai dan batu tajam yang terdapat di dalam gua tersebut.

Ahamdulillah, oleh kerana niat tu baik agaknya, semuanya Allah permudahkan...Syukur sangat-sangat tak sesat dan boleh keluar dari gua itu dengan selamatnya dan tenang-tenang sahaja. Tapi kan, kesian my mother in-law...walaupun letih mengikut kami namun beliau tetap  gagahi jua meskipun entah berapa kali terpaksa berhenti rehat daripada satu gua ke satu gua...hihihi....dalam pada tu, masing-masing tetap happy dapat berposing ala-ala model batu belah batu bertangkup gitu asal nampak saja batu-batu besar yang pelik dan cantik...

Kalau nak cerita tentang gua-gua yang ada dan sejarah tentang gunung senyum tu, sampai ke siang esok pun tak abis lagi. Gua yang ada kat sana jer jumlahnya17 atau 18 gitulah kurang lebih. Pendek kata setiap gua tu ada ceritanya yang tersendiri. Di situ juga ada Gunung Jebak Puyuh di mana kat atas puncaknya terdapat banyak batu-batu silika yang cantik, pokok-pokok bonsai dan aneka macam pokok-pokok tumbuhan herba yang lain juga. Apa yang pasti jika anda ingin merehatkan fikiran, datanglah ke sana sambil buat jungle tracking...bestttt tau...untuk pergi ke sana anda boleh menghubungi Pihak Jabatan Hutan Daerah Temerloh bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Oklah, saya dan ngantuk. Insya-Allah, jika ada masa terluang nanti saya sambung berceloteh lagi ya...sampai jumpa lagi...Salam 'Nisfu Syaaban'. Jika ada silap dan kelemahan diri saya sepanjang menaip entry-entry di blog ini, mohon beribu-ribu kemaafan daripada anda semua. Maafkan saya ya!

Jaga diri hiasi peribadi, pelihara iman sucikan hati. 


Terima Kasih.

-CT Nurza-

10 Jun 2014
01:33pg.

2 comments:

Ann Hafiena said...

wah..seronoknyerrr....cantik la batu tu..mesti byk dpt ilham, idea nih..wish u, all the best, good luck..

CT Nurza ® said...

Ana...hihihi...alhamdulillah, dah siap 3 buah syair tentang 'Sejarah Negeri Pahang' yang dapat akak tulis...memang best pegi masuk gua2 yang ada kat sana, macam2 keunikan boleh tengok, betapa indahnya ciptaan Allah, tulah rasa betapa kerdilnya diri ni...insaf jap duk dalam gua tu...syukur, memang banyak dapat ilham...terima kasih doa ana untuk akak...ni dalam proses nak siapkan syair2 seterusnya dengan bahan sejarah yang lain pulak..doa2kan mampu menghasilkan karya2 yang berkualiti ek...luv u...:)