ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, July 13, 2014

PUISI : DIKERIKIL TAJAM INI



Kerana onak duri
Aku mampu berlari pantas
Menangkis simpang siur cabaran dengan tangkas
Walau ditebas dan dicantas

Luka yang masih tercalar
Membuktikan diri terkadang tegar
Walau hati teramat gementar
Aku tetap bertahan meniti laluan sukar
Bila jenuh bersabar dan ditebar


Dikerikil tajam ini
Aku betah bertahan lagi
Walau sakitnya ditikam bertubi-tubi
Tetap kuserahkan jiwa kepada Ilahi
Lantaran DIA aku masih teguh berdiri
Dengan penuh harap dan doa tanpa henti!

Nukilan spontan,
CT Nurza
25 Jun 2014
0904pg.


*Kredit untuk Poster Grafik Hiasan 'Motivasi Diri Foto'.

Wednesday, July 2, 2014

PUISI : SINAR TETAP MENANTI


Sinar akan tetap menanti
Selagi kita masih memberi harapan dan erti 

Kepada diri sendiri

Masa lalu biarkan pergi
Agar terusir mimpi-mimpi ngeri
Langkah biar terus ke depan meski apa pun yang terjadi
Jangan sekali kita sesali
Sesuatu yang pernah terjadi kepada diri
Kerana tanpa diuji
Kita tidak akan tahu kehidupan di dunia realiti.

-CT Nurza-
25062014
2225pm.
— at Perpustakaan Awam Daerah Temerloh.


PUSI RAMADAN : RAMADAN HADIR JANGAN MEMBAZIR



Ramadan hadir
Kawal diri jangan membazir
Mazmumah hati kita singkir
Sama membantu miskin dan fakir
Sambil berzikir kita berfikir
Bila berjanji jangan mungkir
Ingat selalu Mungkar dan Nakir
Pahala kebajikan biar terus mengalir
Ada tiada janganlah kikir
Semoga puasa diberkati sehingga ke akhir.

"...Salam Ramadan Salam Persaudaraan..."

Nukilan spontan,

-CT Nurza-
27 Jun 2014
0915pg.