ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, August 24, 2014

PUISI MERDEKA 2014 : DI SINI LAHIRNYA CINTA!


Di sini lahirnya sebuah cinta...
Cinta yang penuh taat setia
Setia kepada Allah, Raja dan Negara
Negara tempat tumpahnya darah
Darah bangsa yang tidak akan menyerah
Menyerah kalah walau ditembak rebah
Rebah di bumi Allah mempertahankan Agama dan maruah
Maruah yang tidak boleh dicalar oleh penjajah!

Nukilan Spontan,
-CT Nurza-
29 Ogos 2014
0843am.

"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57"

*Kredit Poster untuk Radio Ikim.fm.

PUISI : #MH17 BERSEMADINYA MENINGGALKAN TANDA


Tak terseka...
Rasa sebak di dalam dada
Tatkala melihat keranda
Diusung dan dibawa
Dari Belanda sehingga ke tanah pusara

Kini...
Kembalilah mereka
Menemui Sang Pencipta
Dalam gugusan doa
Jua deraian airmata

Ya Allah Ya Rahman!
Ampunilah dosa-dosa mereka
Cucurilah jasad dan rohnya
Dengan titisan rahmat-Mu
Tempatkanlah mereka
Dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang terpilih.

#MH17...
Berakhirmu meninggalkan tanda
Meski meruntun pilu dan lara
Kepada  keluarga dan sanak-saudara
Juga seluruh rakyat Malaysia

Bersemadilah duhai roh-roh nan qudus
Semoga tenang di alam baqa!

Innalillah hiwainna ilahirajiuun...
Al-Fatihah! (kepada jenazah yang beragama islam)

Sekadar luahan hati yang empati,
-CT Nurza-
24 Ogos 2014
10:00pg.

*Kredit untuk poster "Lirik Nasyid Pilihan."

Saturday, August 23, 2014

PUISI : SUDAH KUKATA LIDAH ITU BISA!



Sudah kukata
Lidah itu bisa
Kenapa kautak reti bahasa?
Bila berbicara
Fikir dahulu apa yang nak dikata
Bukan berkata sesedap rasa
Ikut emosi ikut hati
Ke mana akal fikirmu pergi?
Lagi-lagi perkataanmu menyakitkan hati
Apa kautak ingat nak mati?
Setiap kata-katamu dipersoalkan nanti

Sedih!
Kasihan!
Sesungguhnya kaumemang tidak punya hati dan fikiran
Kata-katamu asyik sahaja mengguris perasaan
Itukah bukti kehebatan dan kebijaksanaan?
Fasih berbicara melontar pandangan
Pandangan yang sekadar omongan
Tiada kesedaran tiada tindakan
Namun hanya seperti tin kosong yang nyaring berbunyi
Tiada isi hanya layak ditendang ke tepi
Bila berkarat reputnya takberguna lagi.

Sedarlah wahai diri
Ikut sahaja resmi padi
Biar makin merunduk
Walau kian sarat berat berisi!

Nukilan spontan,
-CT Nurza-
23 Ogos 2014
08:48pg.

*Kredit Poster untuk Page "Dakwah Muslimah." Terima kasih foto yang sangat cantik!.

Sunday, August 17, 2014

PANTUN KEMERDEKAAN 2014


Cahaya pelita mengaburi mata,
Berkaca mata si anak dara;
Semangat kita keazaman kita,
Lahirnya cinta untuk negara.

Berkaca mata si anak dara,
Jemur halia dibuat halwa;
Lahirnya cinta untuk negara,
Resapkan ia ke pelusuk jiwa.

Jemur halia dibuat halwa,

Para runtuh menimpa batu;
Resapkan ia ke pelusuk jiwa,

Semoga utuh kesetiaan yang satu.

Para runtuh menimpa batu,
Batu bercahaya di bawah bangku;
Semoga utuh kesetiaan yang satu,
Untuk Malaysia tanahairku.

"Salam Kemerdekaan Yang Ke-57" buat semua.

Nukilan Spontan,
-CT Nurza-
15 Ogos 2014
03:40pg.

Tuesday, August 12, 2014

PUISI : DISUBUH IN.


Bangkitlah mukmin mukminah
Ringankan kaki melangkah

Basahkan wajah
Disubuh yang indah
Cecahkan dahi di atas sejadah
Semoga hidup dalam reda Allah!


Nukilan Spontan,
-CT Nurza-
12 Ogos 2014
06:30pg.


*Kredit untuk 'Grafik Hiasan' Page Bicara Hidayah.

Friday, August 8, 2014

PUISI : KELUKAAN INI


Memang sukar digambarkan
Apa lagi diceritakan
Bila hati telah robek
Lukanya pedih
Denyutnya ngilu
Parah memendam amarah
Panasnya memijar
Didihnya mereneh-reneh
Sakit bagai terbelit

Emosi berlari pantas
Dihambat runtunan rasa
Bagai beliung memutar kencang
Memukul segenap kewarasan
Akal, hati dan iman berkocak bergolak


Cukuplah kelukaan itu
Engkau hadiahkan untukku
Atas sebuah kejujuran dan keikhlasan
Kaumandikan aku dengan air mata luka
Dengan kecurangan cinta
Yang telah engkau cipta

Kupasung segala kepercayaan
Di atas tembok hati yang tercalar
Agar engkau tahu
Kesetiaan ini telah lumat dikhianati


Selamat jalan cinta sayang
Kerana aku tidak ingin lagi
Mengenang dan berwalang!


Nukilan Spontan,
-CT Nurza-
08 Ogos 2014
20:07mlm.

Thursday, August 7, 2014

PUISI PENDEK : JALAN INI


Kupijak ranjau duri
Untuk terus meniti hari
Kutekad mencari diri
Agar jiwa tidak mati
Kupilih jalan ini
Kerana di sini kuraih cinta Ilahi!

Nukilan Spontan,
-CT Nurza-
07 Ogos 2014
05:00ptg.