ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, August 23, 2014

PUISI : SUDAH KUKATA LIDAH ITU BISA!



Sudah kukata
Lidah itu bisa
Kenapa kautak reti bahasa?
Bila berbicara
Fikir dahulu apa yang nak dikata
Bukan berkata sesedap rasa
Ikut emosi ikut hati
Ke mana akal fikirmu pergi?
Lagi-lagi perkataanmu menyakitkan hati
Apa kautak ingat nak mati?
Setiap kata-katamu dipersoalkan nanti

Sedih!
Kasihan!
Sesungguhnya kaumemang tidak punya hati dan fikiran
Kata-katamu asyik sahaja mengguris perasaan
Itukah bukti kehebatan dan kebijaksanaan?
Fasih berbicara melontar pandangan
Pandangan yang sekadar omongan
Tiada kesedaran tiada tindakan
Namun hanya seperti tin kosong yang nyaring berbunyi
Tiada isi hanya layak ditendang ke tepi
Bila berkarat reputnya takberguna lagi.

Sedarlah wahai diri
Ikut sahaja resmi padi
Biar makin merunduk
Walau kian sarat berat berisi!

Nukilan spontan,
-CT Nurza-
23 Ogos 2014
08:48pg.

*Kredit Poster untuk Page "Dakwah Muslimah." Terima kasih foto yang sangat cantik!.

No comments: