ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, September 6, 2014

SAJAK : AKU MASIH MENCARIMU "MERDEKA!"

Aku masih mencarimu Merdeka
Di Kota. sarang merpati
Penghuninya bergayutan
di tangga pelangi
Memanjat langit menjolok bintang
Menghias dada tak bernama.
Alahai hinanyalah orang
yang belum merdeka.

Aku masih jua mencarimu Merdeka
Di kampung bangau hilang kerbau
Lembu berbondong hijrah ke kota
Terbeliak mata melihat kondo tinggi
Tak dapat berkandang di atapnya
Dapat tengok bumbung pun jadilah.
Aduhai hinanyalah haiwan
yang belum merdeka.

Lalu ku cari kau di hujung malam
duhai Merdeka yang entah di mana.
Dosakah hamba mimpi berkasih dengan Tuan
hujung jarimu ku cium mesra tadi malam
hanya dalam mimpi duhai Merdeka.


yassinsalleh
Jam 3.20 petang. 28.8.2014.
Hospital Kuala Lumpur
Hakcipta (c) 2014 yassinsalleh
Semua Hak Terpelihara

*Kredit buat ayahanda Yassinsalleh yang mengirimkan sajak ini menerusi SMS. Terima kasih ayahanda.


No comments: