ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, September 24, 2014

SAJAK : ASAP MASUK KE MATA - YASSIN SALLEH.



Murai nyanyi siang
Pungguk nyanyi malam
Merbah terbang pagi
Balam terbang senja
Tengahari tiada bintang
Tengahmalam tiada matari
Bulan mengambang malam
Bulan juga ada kesiangan
Dan
Dalam nyanyi unggas
Siang serta malam
Kemboja
Berguguran di pusara

Dalam embun dalam renyai hujan
Dalam demikian
Balam tua
Tumpang sorok airmata.

Kalau orang bertanya

Katakan kepadanya
Asap masuk ke mata.

yassinsalleh
Jam 1600.23.9.14.
Piluku di pusaramu, Mummy.
Hakcipta (c) 2014 yassinsalleh

Semua Hak Terpelihara.



*Kredit buat ayahanda Yassin Salleh di atas kiriman sms sajak yang cukup indah ini. Amat-amat dihargai.

No comments: