ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, October 2, 2014

CPUV 2014 : PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA NUFFNANG!


                                             Pic 1 : CPUV Terkini untuk tahun 2014.


                                              Pic 2 : Bukti Penerimaan Pembayaran.


Pic 3 : Cek yang telah diterima dan ditunaikan.

Assalamualaikum wbkth!

Selamat pagi dan selamat meneruskan kehidupan seharian buat semua para blogger dan tetamu-tetamu istimewa blog NKN. Harapan dan doa semoga kalian semua dirahmati Allah SWT setiap masa. Aamiin.

Memandangkan hari ni, hari kegembiraan buat diri saya selepas seminggu pulang bercuti dari Langkawi, Perlis dan Penang, jadi saya peruntukkanlah sedikit masa untuk tinjau-tinjau blog saya yang banyak menyuntik semangat dan memberikan secebis inspirasi kepada diri untuk terus berkarya dengan tulus dan jujur dari hati nubari yang paling dalam...cewahhh!!! macam mengancam jer ayat tuh...hahaa...

Sebenarnya, tiada apa-apa yang istimewa pun nak saya coretkan di sini pada saat ini kerana agak sibuk sedikit dengan urusan peribadi dan proses penulisan buku saya secara persendirian yang bakal diterbitkan sedikit masa lagi, Insya-Allah. Jadi, untuk itu saya sekadar ingin mengambil kesempatan ini  mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak penaja dan pengiklan di blog saya

Bak kata orang, tanpa anda siapalah saya? perhatian dan kesudian pihak penaja dan pengiklan memantau dan memberi kepercayaan kepada blog saya untuk menghasilkan entry-entry khas yang ditaja sebelum ini amat saya hargai. Terima kasih sekalung budi, semoga blog saya tidak akan dipandang sepi lagi selepas ini, Insya-Allah!.

Akhir kata, Wassalam!

-CT Nurza-
02 Oktober 2014
09:33am.

No comments: