ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, October 1, 2014

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN ISLAMI YADIM - 'MENJEJAK CINTA'


Assalamualaikum...

Apa khabar semua? dah lama tak sempat nak kemaskini blog rambu-ramba saya ni, jadi hari ni nak kongsikan satu berita hebat untuk semua pengkarya-pengkarya hebat yang berbakat dalam dunia penulisan cerpen (kecuali saya yang agak tidak berbakat) untuk menyertai pertandingan ini. Tuah ayam nampak di kaki, Tuah kita siapa yang tahu.

Maka kepada rakan-rakan semua beranikanlah diri untuk cuba menyahut cabaran terbaik ini demi mengukur keupayaan diri masing-masing ya. Kita sama-sama bersaing secara sihat dengan idea kreatif masing-masing. Macamana? ok tak? jadi, jangan buang masa! jom sama-sama kita join.Sila baca dengan teliti syarat-syarat yang diperlukan ya. Jangan keliru dan silap pulak nanti. Bukan apa... takut kena reject mentah-mentah karya yang tak menepati syarat yang diperlukan...heheheh...buat ponat otak jer duk perah santan kan???


Jadi...ini syaratnyerrrr!

Pertandingan menulis cerpen 'Menjejak Cinta'
Tema : Dakwah & Kasih Sayang.
Hadiah Pemenang

Johan- RM 1,000
Naib Johan- RM 700
Ketiga- RM 500
Saguhati- RM 300 (22 peserta)
Syarat-syarat Penyertaan
1. Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia. Keutamaan diberikan kepada penulis yang baru berkecimpung dalam dunia penulisan.
2. Setiap penyertaan adalah hak milik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.Sebanyak 25 buah karya terbaik akan dipilih untuk dimuatkan di dalam kompilasi cerpen 'Menjejak Cinta' terbitan Yadim.
3. Cerita haruslah mempunyai unsur inspirasi, pengajaran, menginsafkan pembaca, mencuit emosi, catatan pengalaman dakwah terutama kepada golongan bukan muslim, interpretasi nilai kasih sayang yang mencukupi terhadap Allah, manusia, haiwan, dan sesama makhluk.
4. Karya mestilah tidak melanggar syariat islam dan tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
5. Cerpen yang dihasilkan mestilah mendidik para pembaca agar lebih menghargai nilai kasih sayang dan melihat dakwah dari kaca mata yang luas.
6. Karya boleh juga dihasilkan dalam bentuk humor, monolog, melankolik, penyesiatan, misteri dan travelog.
7. Judul cerpen hendaklah ditaip pada muka surat pertama.
8. Karya mestilah asli dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana syarikat penerbitan.
9. Karya dituliskan dalam Bahasa Melayu. Jumlah muka surat bagi setiap penulisan adalah 10 muka surat A4 sahaja. Ditaip langkau dua baris menggunakan font Times New Roman bersaiz 12.
10. Setiap pemenang akan menerima wang tunai dan 5 naskhah hadiah buku kompilasi cerpen 'Menjejak Cinta' terbitan YADIM. Karya akan dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan keputusan adalah MUKTAMAD.
Sila emelkan karya lengkap ke webmaster@yadim.com.my atau hantar kepada,
Urus Setia pertandingan Penulisan Cerpen 'Menjejak Cinta'
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Kompleks Pusat Islam
Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
Maklumat lanjut sila hubungi : 03-22746077 (Waktu Pejabat)
Pertanyaan Sampingan: whatsapp 0198721005 Nurul Hassanah
Tarikh Tutup Penyertaan : 28 November 2014
Rasulullah Pernah Bersabda,
" Penulis yang memberikan penawar antara golongan yang akan dibantu oleh Allah SWT "
(Riwayat Muslim

*Note : Untuk makluman anda sila klik link di bawah ini :-



*Kredit untuk poster dari YADIM. Terima kasih anjurkan pertandingan sebegini...:)

8 comments:

dapor meletop ainnurmustaqim said...

assalam sis....baeu sempat tgk blog sis dan baca syarat2 yadin tu..tq sis..akan diusahakan..klo rajin...huhuhu

CT Nurza ® said...

Waalaikumussalam wbkth!
Huhuhu...janganlah kalau berkalau. Kena usaha rajinkan diri jugak. cubalah jangan tak cuba.Semoga berjaya nanti menyudahkan cerpen untuk menyertai sayembara ni. Kan kudoakan kejayaanmu!

Terima kasih adindaku sayang...:)

ADAM MIKAEL said...

tq sis...Insha Allah akan diusahakan... :)

CT Nurza ® said...

Salam Adam...
Terima kasih ya sudi singgah baca blog akak...:)
Tak pe, usahakan sehingga berjaya. Tiada yang mustahil kalau berani mencuba! Selamat Maju jaya!

Diahkejora said...

Saya baru terbaca blog kakak..
Inn Shaa Allah..sy cuba hantar karya melalui emel walaupun berbaki beberapa hari shj lg ni...

®سيتي نور زا said...

Salam Diah...ya, masih sempat lagi untuk mencuba bakat. Kakak pun belum hantar penyertaan lagi. Idea masih beku

Terima kasih sudi singgah blog akak...semoga berjaya ya!:)

Contengan Jalanan said...

Assalam sis, terma kasih warwakan iklan ni. akan diusahakan. saya hantar melalui emil. borang penyertaan bahagian tandatgn tu macam mana ea, sis?

®سيتي نور زا said...

Contengan Jalanan...hehehe..yang tu akak pun kurang faham nak buat macamana, tapi rasanya kita perlu sertakan surat lampiran dan attach gambar kita kut bersama emel penyertaan yang dihantar. Akak pun tak buat dan tak hantar lagi...:)