ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, November 1, 2014

PUISI : DIA MAHA PELINDUNG



Bila usia semakin tua
Pemikiran kian dewasa
Biarlah hidup kita tenang dijiwa
Walau terkadang rasa terseksa
Dicaci dicemuh dicerca
Anggaplah itu perkara biasa
Lumrah hidup sebagai manusia
Tiada terkecuali dari dosa dan nista
Serahkan segala kepada Yang Esa
Lantaran dia melindungi kita setiap masa.

-Apakan daya kita insan biasa-

-CT Nurza-
01 Nov 2014
13:05ptg


*Kredit untuk gambar kucing yang saya pinjam dari page Photography...

2 comments:

Bob Kelanang said...

As salam CT Nurza...
Saya minta maaf kerana dah pun menggunakan bahan dari blog saudari tuk saya gunakan dalam posting FB saya...
Oleh itu saya mohon share bahan2 dari blog saudari...
Saya kagum dengan persembahan nukilan ini...
Sekian. Tq

®سيتي نور زا said...

Waalaikumussalam En. Bob,
Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya dan sudi tinggalkan jejak saudara sekadar untuk pengetahuan saya. Jika ada nukilan saya yang memberikan manfaat, silakanlah berkongsi namun sila buat backlink untuk blog ini ya.Terima kasih kembali.