ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, December 25, 2014

PUISI : BANJIR ITU MENYEDARKAN KITA


Tuhan...
Tika kau datangkan cubaan
Berilah mereka kekuatan
Kekuatan mempertahankan iman
Kekuatan mempertahankan ukhuwah
Janganlah hendaknya ada perbalahan
Jua pergeseran bahana perbezaan
Suntikan di hati mereka setitis ketabahan
Lantaran saat ini sangat menduga
Menduga kesabaran atas kehilangan
Menguji emosi, iman dan kecekalan
Kepada mangsa yang didepani musibah


Banjir itu...
Menyedarkan kita kekuasaan Allah
Beringatlah pada janji-janji-Nya.


Nukilan spontan,
سيتي نور زا
251220014
1202


*Kredit foto untuk page 'Grafik Islamik'. 

2 comments:

intan said...

Puisi untuk buku Banjir

Salam pengenalan dari saya, Intan dari E-Magineers (M) Sdn Bhd. Kami telah menjalankan misi bantuan banjir sebanyak 6 sesi ke Kelantan bermula dengan membantu pihak MKN dan Shelterbox. Kami juga telah memilih 3 buah sekolah di Kelantan untuk meneruskan projek Khidmat Masyarakat dan galakan membaca kepada murid-murid yang dimulakan dengan sumbangan buku-buku untuk perpustakaan mereka.
Kami juga sedang menyediakan sebuah buku oleh 5 orang artis dan jurufoto yang memuatkan lakaran serta fotografi pengalaman mereka semasa lawatan mereka ke sana. Buku ini akan diterbitkan bersama pihak Institut Terjemahan dan buku Negara (ITBM), didedikasikan kepada kanak-kanak yang terlibat dan semua keuntungan akan disalurkan kepada mangsa banjir.
Kami tertarik dengan puisi saudari dan ingin menawarkan sekiranya saudari sudi menyumbangkan puisi saudari untuk dimuatkan kedalam buku tersebut (bersama nama saudari dan tarikhnya). Puisi tersebut akan dijadikan permulaan bagi satu chapter. Kami akan memaklumkan perkembangan penerbitan dan pelancarannya dan naskah untuk saudari.
Sekiranya setuju, saya boleh dihubungi: intan@emagineers.com.my
Diharap perkara ini mendapat perhatian dari saudari.
Terima kasih.

Intan

®سيتي نور زا said...

Salam saudari Intan...
Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih di atas perhatian dan kesudian anda melayari laman blog saya.

Saya sangat berbesar hati dengan penghargaan yang telah diberikan dan tiada masalah untuk saya membenarkanya. Akan saya emelkan maklumat yang diperlukan kepada saudari secepatnya. Maafkan, saya kerana lewat jawab komen disebabkan baru pulang dari UPSI.

Terima kasih.