ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, January 31, 2015

PUISI : AKU BANGGA DENGAN BAHASAKU.



Biarlah dikata penulis kampung
Asalkan otak tidak kosong
Budaya dan bahasa tetap disanjung
Itulah identiti kita
Jati diri Melayu usah dibuang
Meski segelintir tidak memandang
DBP & ITBM sentiasa memperjuang
Siapa lagi kalau bukan kita meneruskan?
Aku tetap bangga dengan bahasaku
Walau ada bangsaku yang mencemuhnya
Biarkanlah mereka
Kerana mereka bukanlah kita
Yang diajar beradab dan santun dengan bahasanya.


-CT Nurza-
31 Jan 2015
1353.

*Kredit foto untuk Fan Page Pak Mario Teguh. Kata-kata motivasi anda sungguh memberangsangkan. Terima kasih.

HAIKU (22) - SETIA



Jelmaan malam
Di sebalik dedaun
Menghibur diri


30/01/2015
0839mlm

 

Friday, January 23, 2015

HAIKU (21) : BILA MENANTI



Bila menanti 
Harap janjinya pasti 
Hadir terbukti! 

سيتي نور زا 
23 Jan 2015 
03:35 ptg.   

MUTIARA KATA : PERSAHABATAN




-CT Nurza-
Januari 2015.

*Kredit untuk foto page yang dipinjam menghiasi laman ini. Terima kasih atas kata-kata grafik yang sangat menarik.

MUTIARA KATA BUAT DIRI SENDIRI : JADIKAN HATI SEPERTI BERLIAN.

"...Sedang menggilap diri untuk menjadi seperti ini. Wahai hati jernihlah seperti kilauannya yang menyinar indah!"


20 Jan 2015.

Tuesday, January 20, 2015

PUISI SPONTAN (7) : SAAT AKU MENDEKATI-MU



Saat aku mendekati-Mu...
Terasa hatiku dipeluk rindu
Engkau begitu dekat di qalbu
Membelai cinta dan kasihku
Terima kasih Penciptaku!
Terimalah segala amal baktiku
Dalam perjalanan mencari rahmat-Mu.


سيتي نور زا
20/01/2015
0519pg.

Friday, January 16, 2015

PUISI SPONTAN (6) : KERUNTUHAN MORAL ANAK BANGSAKU


Bila akhlak kian punah,
Manusia kehilangan maruah
Pelbagai musibah diturunkan Allah
Namun masih ada yang belum insaf
Dosa dan maksiat masih menyerlah
Amaran Allah tiada diendah
Bala dan petaka apakah lagi yang kita mahukan?
Astaghfirullah!
Sedih melihat anak-anak bangsaku
Lemah dan hanyut dek nafsu serakah!
Hanya kerana fanatik yang melampaui
Batasan agama dirempuhi
Na'uzubillah!



*Ada perkara kita boleh diam, ada perkara sekali-sekala perlu juga kita bersuara. Kalau semua kita tak ambil kisah dan peduli, jawabnya hancurlah hidup anak2 bangsa kita dengan maksiat.

-CT Nurza-
11 Januari 2015
0936mlm
— at Westport Malaysia,Port Klang.

PUISI SPONTAN (5) : SEBELUM KERANDA MERAPATI


Dinihari kembali membuka ruang
Untuk kita merenung diri mencari kurang
Melempar keluh kesah yang bersarang
Memaut kasih dalam tenang
Kepada DIA Yang Maha Penyayang
Sentiasa memberi kesempatan dan peluang
Menghitung perjalanan yang masih panjang
Sebelum lambaian ajal hadir bertandang
Marilah kita mendekati-Nya
Sementara keranda kian merapati kita.



-CT Nurza-
15012015
0350pg.


* Kredit foto : Page Ustaz Ebit

PUISI SPONTAN (4) : PERMATA UKHRAWI


Ditatah hati laksana baiduri
Baiduri berkilau menyuluh seri
Seri nurani sucinya batin
Batin besinar menenun jiwa
Jiwa mahmudah kecintaan Allah
Jangan tersulam sifat mazmumah
Berbahagialah pada hati yang selalu merendah
Walau dihina tapi tidak terhina
Itulah ujian dunia
Dalam mencari permata ukhrawi
Diselut lumpur duniawi
Teruji diuji
Tidak terkeji!



Nukilan spontan,
سيتي نور زا
16 Jan 2015
04:44ptg
— at Pelabuhan Barat.

Sunday, January 4, 2015

PANTUN CACAMARBA 1 : USAHA


Ikan lumba-lumba
Banyak dalam paya
Rajin-rajinlah mencuba
Kalau nak berjaya



Makan roti kaya
Perisa kelapa pandan
Bila dah berjaya
Jangan lupa kawan


Penat tanam halia
Sakit betis paha

Kena gigih berusaha
Baru capai jaya


Makan gula sugus
Sakit perut cika
Lu manyak bagus

Wa manyak suka.


*Sekadar latihan untuk mengaktifkan saraf-saraf otak...

سيتي نور زا
02012015
2328.

*Kredit foto : Saujana


PUISI SPONTAN (3 )- JANUARI INI



Januari ini...
Mentari tidak lagi bersembunyi
Alam tidak lagi berduka meratapi
Langit lara kembali tersenyum menampakkan seri
Panas yang dulu hilang
Kini terik membahang
Alhamadulillah...
Dengan keberkatan hari besar junjungan mulia kekasih Allah
Jua doa seluruh muslimin dan muslimah
Pawana kembali bertiup sepoi
Sirus dan kumulus kembali bersapa mesra
Riang segala flora dan fauna
Yang ditimpa musibah telah kembali ke rumah
Demikian sudah sebuah mehnah
Bah melanda menjemput insaf
Untuk kita rapat ke tikar sejadah
Kepada DIA kita berserah
Menyerah dalam pasrah
Insya-Allah
Redha dan tabah
Semoga berakhir tingkah musibah.


Nukilan,
سيتي نور زا
03 Januari 2015

Saturday, January 3, 2015

PUISI : DIA PEMIKIR HEBAT!


Zainal Abidin Ahmad...
Seorang pemikir hebat
Sasterawan terbilang lagi berbakat
Pendeta Za'aba gelaran dinobat

Tersohor namanya jadi sebutan

Asal keturunan dari minangkabau

Anak kampung yang luar biasa

Tokoh terkemuka dalam sejarah Malaysia

Giat berkarya, bersosial, berpolitik dan berbudaya
Banyak berjasa kepada negara

Dikenali sebagai Bapa Bahasa Melayu Moden

Menjadi obor kepada anak bangsa

Sebagai peniup semangat juang
Melestarikan bahasa di mata dunia.

Menulis dalam pelbagai bidang bahasa dan agama

Karyanya terkenal di pelusuk dunia.

Nukilan spontan,

23.12.2014
10:58am.


*Kredit Foto untuk ayahanda yassinsalleh. Terima kasih.

Friday, January 2, 2015

PUISI SPONTAN 2015 (2)

2014...
Awal tahun
Banyak azam direncana
Pertengahan tahun
Sebahagian sahaja yang sempurna
Akhir tahun
Azamnya hilang entah ke mana
Semangat yang ada
Lenyap tiba-tiba
Kenapa?
Mengapa?
Tidak boleh salahkan sesiapa
Semuanya kerana leka
Semuanya kerana turut rasa kecewa
Hasrat tinggal hasrat
Akhirnya semua yang kuimpi
Hanya separuh terealisasi!

2015...
Tolong kuatkan semangat juangku
Buang segala kelemahan dan kemalasan
Lonjakkan aku kembali mencorak mimpi
Mewarnai dinding realiti
Dengan tekad dan harapan
Agar bisa kugapai kerlipan bintang
Walau jauh di balik awan
Tetapkan pendirianku
Kukuhkan jati diri
Paku kemas tiang keimanan
Agar jiwa tidak lagi goyah
Teguh bertahan
Persis karang di dasar lautan!

سيتي نور زا
02 Disember 2015
0325
— at Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang.
 

PUISI SPONTAN 2015 (1)


Semakin tua bumi kita
Semakin banyak bencana menimpa
Sarat menggulung dosa
Sekelip mata diberikan petaka
Insafkah kita?
Pada banjir yang melanda
Meranap musnahkan segala
Melenyapkan semua yang ada
Kita kufur dan takbur dengan nikmat-Nya
Pinjaman-Nya kita akui hak kita
Namun itulah milik-Nya
Diambil kembali sebagai peringatan menyedarkan kita
Agar bersyukur setiap masa
Bukan angkuh mendabik dada
Bila kita diberi bermacam kurnia
Atas ihsan dan kasih sayang-Nya
DIA Maha Pencipta
DIA Maha Berkuasa!
Allah Hu Akbar
Allah Maha Besar
Kau pemilik segala-galanya.

Nukilan,
سيتي نور زا
02 Disember 2015
12:22

*Kredit foto Berita Harian Online.