ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, January 31, 2015

PUISI : AKU BANGGA DENGAN BAHASAKU.



Biarlah dikata penulis kampung
Asalkan otak tidak kosong
Budaya dan bahasa tetap disanjung
Itulah identiti kita
Jati diri Melayu usah dibuang
Meski segelintir tidak memandang
DBP & ITBM sentiasa memperjuang
Siapa lagi kalau bukan kita meneruskan?
Aku tetap bangga dengan bahasaku
Walau ada bangsaku yang mencemuhnya
Biarkanlah mereka
Kerana mereka bukanlah kita
Yang diajar beradab dan santun dengan bahasanya.


-CT Nurza-
31 Jan 2015
1353.

*Kredit foto untuk Fan Page Pak Mario Teguh. Kata-kata motivasi anda sungguh memberangsangkan. Terima kasih.

No comments: