ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, January 2, 2015

PUISI SPONTAN 2015 (2)

2014...
Awal tahun
Banyak azam direncana
Pertengahan tahun
Sebahagian sahaja yang sempurna
Akhir tahun
Azamnya hilang entah ke mana
Semangat yang ada
Lenyap tiba-tiba
Kenapa?
Mengapa?
Tidak boleh salahkan sesiapa
Semuanya kerana leka
Semuanya kerana turut rasa kecewa
Hasrat tinggal hasrat
Akhirnya semua yang kuimpi
Hanya separuh terealisasi!

2015...
Tolong kuatkan semangat juangku
Buang segala kelemahan dan kemalasan
Lonjakkan aku kembali mencorak mimpi
Mewarnai dinding realiti
Dengan tekad dan harapan
Agar bisa kugapai kerlipan bintang
Walau jauh di balik awan
Tetapkan pendirianku
Kukuhkan jati diri
Paku kemas tiang keimanan
Agar jiwa tidak lagi goyah
Teguh bertahan
Persis karang di dasar lautan!

سيتي نور زا
02 Disember 2015
0325
— at Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang.
 

No comments: