ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, January 16, 2015

PUISI SPONTAN (6) : KERUNTUHAN MORAL ANAK BANGSAKU


Bila akhlak kian punah,
Manusia kehilangan maruah
Pelbagai musibah diturunkan Allah
Namun masih ada yang belum insaf
Dosa dan maksiat masih menyerlah
Amaran Allah tiada diendah
Bala dan petaka apakah lagi yang kita mahukan?
Astaghfirullah!
Sedih melihat anak-anak bangsaku
Lemah dan hanyut dek nafsu serakah!
Hanya kerana fanatik yang melampaui
Batasan agama dirempuhi
Na'uzubillah!



*Ada perkara kita boleh diam, ada perkara sekali-sekala perlu juga kita bersuara. Kalau semua kita tak ambil kisah dan peduli, jawabnya hancurlah hidup anak2 bangsa kita dengan maksiat.

-CT Nurza-
11 Januari 2015
0936mlm
— at Westport Malaysia,Port Klang.

No comments: