ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, February 23, 2015

PUISI SPONTAN (12) : SEPAHIT PERJUANGAN SEINDAH PEMERGIAN.


Dia tersenyum riang
Wajahnya sentiasa tenang
Walau ada yang membuang pandang
Senyumannya tetap tidak lekang
Walau kini jasadnya sudah hilang dari pandangan
Namun dia tetap dikenang
Sentiasa didoakan orang
Lantaran keteguhan imannya
Menyempurnakan amanah dengan segala cabaran

Ditikam bertubi-tubi fitnah dan caci
Hanya kerana bersuara demi kebenaran
Tetapi dia tetap bertahan
Menelan segala kepahitan dan ancaman
Lantas akhirnya...
Dia berjaya menjadi ikon teladan
Mengikut jejak langkah para sahabat
Melunaskan tanggung jawab mendidik dan memimpin ummah!
Dengan jaya dan cemerlang!
Semoga TGNA damai di sana
Kalungan Al-Fatihah kami titipkan.

Nukilan Spontan,
سيتي نور زا
23/02/2015
20:14mlm.

Sunday, February 22, 2015

PUISI SPONTAN (11) : KEINDAHAN TAMANMU


Keindahan tamanmu tidak bermakna
Tanpa sungai jernih mengalirkan damai
Tanpa pohon rimbun redup memayungi
Tanpa kicau burung bersiul asyik
Memaut pesona.

Pada hati yang dingin beku
Melepas pandangan kosong
Kepada gelap yang hitam warna

Teruskan langkah
Cari fajar ilahi
Bersama putihnya hati
Pasti kan kau tatapi
Taman itu indah berseri
Dengan senyuman sang bidadari
Menyantuni diri menyentuh nurani
Penuh rasa tulus dari mata hatimu.

Nukilan Spontan,

-CT Nurza-
20122015
1417.

*Kredit buat rakan Mayaku saudara Ruby Tolanie...ni nukilan kedua Ruby yang saya balas ya.
*Kredit untuk gambar hiasan dari page PF.

PUISI SPONTAN (10) : SEWAKTU PINTUMU KUBUKA


Sewaktu pintumu kubuka...
Kumenatap garis-garis cahaya
Terang warnanya
Memancar ceria

Sewaktu pintumu kubuka...
Aku kehilangan suara
Kumendengar tangis jiwa
Sedang berzikir beruzlah dengan-Nya

Di sebalik selendang kasih
Kulihat ada wajah yang suci bersih
Bermunajat dan merintih
Menyepi dan menyisih
Demi mencari sejalur kasih
Kasih dari-Nya
Kasih agung selama-Nya.

Nukilan Spontan,

-CT Nurza-
20022015
1221

*Kredit untuk rakan Mayaku 'Rubby Tolanie' dari GMM yang sudi mencetuskan idea spontanku ini dengan hasil nukilannya.

Tuesday, February 17, 2015

PUISI : NOKTAH MENANTI




Sesudah Asar
Wajah alam bertukar
Redup dan kelam

Langkahan kita
Makin hampir ke garis
Noktah menanti.


-CT Nurza-
12022015
1740

Monday, February 16, 2015

PUISI SPONTAN (9) : MENJELANG MAGHRIB



Menjelang maghrib 
Beburung berkicau asyik 
Suara si ibu mula memekik 
Memanggil si anak balik 
Rotan menjadi penarik 
Hormatilah Azan di masjid.

Nukilan Spontan,
-CT Nurza-
16 Februari 2015
19:39pm

Friday, February 13, 2015

PUISI : RASA YANG TERSIMPAN




Ada rasa yang tersimpan
Hanya tercoret dalam tulisan
Walau bukan untuk tatapan
Biarlah ia menjadi kekuatan
Kuberdiri atas keyakinan
Cekal!

Nukilan Spontan,
-CT Nurza-
12.02.2015
04.00ptg.


*Kredit untuk grafik hiasan dari page Majalah Nur.

Thursday, February 12, 2015

SAJAK : FAKIRNYA HATI SANG KIKIR.



Adat bersawah
Aliran air jangan diempang
Pesawah di hilir juga perlu
Mengairkan sawahnya.

Bila semua pesawah padinya menjadi
Tidaklah tertumpu di sebidang sawah
Musuh padi. Pianggang, Tikus,
Ciak dan Pipit.

Sama-sama kepok penuh terisi
Takdelah yang lapar
Takdelah yang akan mengular
Takdelah yang akan mengempang angin
Takdelah yang menjeling dan bising-bising
Menyanyikan lagu
Fakirnya hati Sang Kikir.

yassinsalleh
9.2.2015.
La Casa Pacifica D Yasleh
Hakcipta (c) 2015 yassinsalleh
Semua Hak Terpelihara.

*Terima kasih atas kiriman sajak ini menerusi sms ayahanda Yassin Salleh. Izinkan anakanda muatkan di laman ini.
Gambar sekadar hiasan.


Thursday, February 5, 2015

PUISI SPONTAN (8) : BERJALANLAH CARI PERUBAHAN




Berjalanlah mencari pembaharuan
Selagi diri dititipkan keupayaan
Kita mampu lihat perubahan
Selagi terbuka akal fikiran
Perbaikilah segala kelemahan kekurangan
Kayakan diri dengan pengalaman
Bila pengetahuan di luar jangkaan
Terbukalah pintu-pintu kejayaan
Untuk kita lintas dengan keajaiban
Dengan segala izin restu-Nya
Insya-Allah!


Nukilan spontan,
CT Nurza,
04022015 11:43.

HAIKU (23) - RETAK TERBELAH




Retak terbelah
Masih boleh dicantum
Walaupun payah.


Nukilan spontan,
 سيتي نور زا
02022015
0247pg