ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, February 23, 2015

PUISI SPONTAN (12) : SEPAHIT PERJUANGAN SEINDAH PEMERGIAN.


Dia tersenyum riang
Wajahnya sentiasa tenang
Walau ada yang membuang pandang
Senyumannya tetap tidak lekang
Walau kini jasadnya sudah hilang dari pandangan
Namun dia tetap dikenang
Sentiasa didoakan orang
Lantaran keteguhan imannya
Menyempurnakan amanah dengan segala cabaran

Ditikam bertubi-tubi fitnah dan caci
Hanya kerana bersuara demi kebenaran
Tetapi dia tetap bertahan
Menelan segala kepahitan dan ancaman
Lantas akhirnya...
Dia berjaya menjadi ikon teladan
Mengikut jejak langkah para sahabat
Melunaskan tanggung jawab mendidik dan memimpin ummah!
Dengan jaya dan cemerlang!
Semoga TGNA damai di sana
Kalungan Al-Fatihah kami titipkan.

Nukilan Spontan,
سيتي نور زا
23/02/2015
20:14mlm.

4 comments:

CAHAYA RUMAHKU said...

Terbaik. :)

®سيتي نور زا said...

Terima kasih...:)

Adilla, Marang, Trg said...

Puisi yg indah....terbaikkkk dari kak CT Nurza
Alfatihah buat TGNA

®سيتي نور زا said...

Terima kasih...semoga TGNA damai di sana. Aamiin.