ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, March 30, 2015

PUISI : DEMI SEBUAH JANJI (ZKPZ, UPSI)



Demi sebuah janji...
Kurealisasikan sebuah mimpi
Kuatur langkah meredahi panas terik mentari
Dari sebuah komuter ke sebuah komuter aku naiki
Kupasakkan satu tekad di hati
Demi mengutip khazanah ilmu yang kuimpi
Aku sanggup mencari UPSI Proton City dengan sebuah teksi
Mengikis rasa malu tegar dalam diri.


Di UPSI...
Kami menjalin ukhuwah sejati
Kutemui ramai insan yang berbudi
Luhur memberi ikhlas mempamer sifat diri
Kugenggam erat segala budi yang ditaburi
Semoga Allah jua yang akan mengganjari.


Terima kasih sahabat-sahabat ZKPZ, UPSI
Setinggi akal budi milik jati diri
Demikianlah gambaran peribadi
Insan luhur berbudi pekerti
Membawa erti kepada diri.


Walau cuma tiga hari berkampung di UPSI
Namun ia tetap memberi erti
Membuka lapisan mata fikir memberikan inspirasi
Lantaran di sini...
Kumengenali tokoh-tokoh seni
Jua para Cendekiawan 'Nusantara' yang berbakti.


-CT Nurza-
29 Mac 2015
07:36mlm.


*Dedikasi untuk semua kerabat-kerabat 'ZIARAH KARYAWAN PENDETA ZA'ABA' UPSI PROTON CITY, TANJUNG MALIM PERAK' pada 27, 28 & 29 Mac 2015.


Tuesday, March 24, 2015

PUISI SPONTAN (16) : DARI SEBATANG KELAPA


Dari sebatang kelapa
Banyak sekali yang boleh jadi
Jadi lidi - boleh jual
Jadi santan - boleh jual
Jadi ketupat - boleh jual
Jadi air kelapa - boleh jual
Jadi kerabu umbut - boleh jual

Maka itu...
Tanamlah kelapa kalau diberhentikan kerja
Tiada apa yang sia-sia jika rajin berusaha
Yang miskin boleh jadi kaya
Yang kaya boleh pula berderma

Berinfaq bersedekah menambah sahamnya
Hidup di sini
Hidup di sana
Semuanya itu rezeki pinjaman-Nya
Harus ditunai apa perlunya

Semoga bertambah limpahan nikmat-Nya
Hidup pun menjadi dan terus menjadi
Jadi hamba yang tak lupa kepada Pencipta-Nya
Insya-Allah dirahmati dunia akhirat
Amin...

*Dikidnap semula puisi ini dari page drtuah untuk tatapan peribadi dan motivasi diri sendiri.

-CT Nurza-
12/03/2015.

* Kredit untuk Foto hiasan page fb.

Sunday, March 22, 2015

CPUV NUFFNANG MAC 2015 : TERIMA KASIH!


Bismillahirrahmanirrahiim...

Alhamdulillah, Syukur! tak sangka dah lama tak menjenguk akaun Mr./Mrs. Nuff@

http://www.nuffnang.com.my/ rupanya masih ada rezeki yang singgah. Allah Hu Rabbi!
Maha Suci Allah Yang Melimpahkan Rahmat-Nya. Syukur sangat-sangat!

Dengan adanya coin-coin yang mengisi tabung kendiri hasil kepercayaan daripada para pengiklan yang sudi memilih blog ini untuk mendapat kempen 'cpuv'nya, maka dapatlah bertambah simpanan untuk skim persaraan 1M ku nanti.  Al-maklumlah... nak harapkan simpanan KWSP je mana cukup kan? untuk merealisasikan projek kasih amal dan baktiku pada hari-hari tua nanti. Lebih-lebih lagi projek nak tanam pokok kelapa tuh...hihihihih. Gurau saja, jangan marahhhh!

Walau apapun, terima kasih banyak ya, Mr./Mrs Nuff serta kesemua para pengiklan yang sudi memilih blog NKN ini untuk turut mencelah dalam ratusan ribu blog lain lagi yang terpilih bagi menerima kempen hebat anda. Semoga kejayaan terus bersama anda juga, wahai penaja dan pengiklan yang saya hormati. Maaf, tak dapat nak disebutkan satu per satu kerana terlalu banyak...:)

Kebersamaan anda dalam menceriakan dan memeriahkan blog NKN ni amat-amat dihargai. Terima kasih juga kepada 'Unik Visitor' saya yang setia menjadikan blog ini medan santai anda di waktu lapang. Alhamdulillah, syukur sekali lagi.

Akhir kata, Salam Tahajud dan selamat pagi buat semua.

Terima kasih 'burung pagi' kerana kicauanmu yang merdu mengejutkan aku sentiasa!

-CT Nurza-
22032015
05:46pg.


Thursday, March 19, 2015

PUISI SPONTAN (15) : LIDAH CELAKA MEMBAWA BINASA


Lidah...

Walau tidak bermata dan berduri
Bila gagal mengawasi
Melontar kata menurut emosi
Pedih menghiris melukakan hati
Yang terguris pasti pergi menghindari

 
Kerana jahatnya lidah
Ramai yang selesa berdiam menjauhi
Berhati-hati dengan kurniaan ilahi
Jangan suka menyakiti hati
Bimbang nanti ke neraka tempatnya pasti
Bila solat tiada lagi memberi erti.

Hebatnya lidah melepas kata
Tidak sehebat Allah yang menciptakan kewujudan-Nya.

AWASI LIDAH!


-CT Nurza-
19/03/2015
13:58


PUISI SPONTAN (14) : BILA DIRI MELARAT



Bila diri merempat
Bibir mencebik kelat
Pandangan pun bertukar menjadi mata lalat
Yang wangi akhirnya terbau bak bangkai berkulat
Kata-kata terhambur mula berbaur kesat
Apakan daya demikianlah hidup insan yang melarat
Hari-hari menelan kata caci yang sarat
Dipuji ketika hebat
Dikeji ketika gawat


Ya Allah!
Lindungilah diriku dari jadi insan yang sebegitu
Punya hati yang kotor tidak terjaga
Memandang hina terhadap insan lain
Sedang diri tidak sebenarnya sempurna
Di mata insan
Di sisi Allah
Ampunkan daku Wahai Tuhan
Jika terlekat sebesar zarah
Sifat mazmumah yang keji dan hina dalam diri.


Nukilan Spontan,
-CT Nurza-

18/03/2015
22:20


*Kredit Grafik : Page FB Saujana.

Monday, March 9, 2015

SAJAK : NYANYI LARA YANG PANJANG - YASSIN SALLEH

Sungai Congkak Hulu Langat
Airnya dingin bersih sangat
Anak-anak ikan berlarian
di pasiran bermain.

Sesekali angin bertiup
Daun-daun kering gugur
Menghias tarian sungai menghilir.

Jauh sampai jauh
Sampai jauh menempuh
Kualanya yang dirempuh air keruh
Sungai kota yang aduhai penuh keluh
Mengalirkan seribu aib kota
Yang hanyut luluh dalam seloka
Aduhai anak Si Randang
Nyanyi lara yang panjang
Yang amat panjang.

yassinsalleh
13.3.2015
Sungai Chongkak, Hulu Langat,
Hakcipta (c) 2015 yassinsalleh
Semua Hak Terpelihara.

http://yassinsalleh.blogspot.com/2014/05/suatu-nama-besar-yang-abadi-keramat.html

PUISI SPONTAN (13) : ADUHAI OPAH, ADUHAI ATOK.


Bila umur dah enam puluh dua
Tenaga makin kurang upaya
Opah dan Atok kian tidak berdaya
Pilihlah saja untuk bersara
Jagalah kesihatan selagi hayat ada
Agar waktu yang masih tersisa
Sempat lagi berbakti kepada-Nya
Sediakan bekalan sebelum bertemu dengan-Nya
Tokok tambah amalan yang ada
Lengkapkan apa yang tidak sempurna
Usahlah lagi utamakan dunia
Kerana dunia sementara cuma.


Tugas dan jawatan...
Lepaskanlah kepada cucu cicit yang berkelayakan
Berilah mereka peluang dan kesempatan
Untuk menumpahkan segala ilmu pengetahuan
Biarkanlah mereka mengutip pengalaman
Demi masa depan yang menjadi harapan
Opah dan Atok berundurlah hilangkan kepenatan


Wahai Opah!
Wahai Atok!
Dunia pekerjaan bukan lagi duniamu
Berehatlah, bertenanglah dengan aman
Tumpukan masa bersama keluarga dan anak cucu
Habiskanlah sisa-sisa waktumu untuk yang perlu
Zikir dan sujudlah kenangi masa yang sudah berlalu
Al-Quran itu jadikan teman setia diusia senjamu
Inilah masa untukmu beramal mengejar waktu
Semoga kesempatan yang berbaki
Sempat dipenuhi meraih erat cinta Azali.


-CT Nurza-
09032015
2039mlm.

*Kredit untuk Grafik Hiasan : Sumber Laman FB.