ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, April 11, 2015

ITBM & YASSIN SALLEH : PERJANJIAN PENERBITAN BUKU (Kumpulan Puisi Ikan-Ikan di Kaca)






Yassin Salleh added 5 new photos.

8.4.2015. 12.15 tengahari. La Casa Pacifica D Yasleh. Dua pegawai ITBM, Encik Rozlan Mohamed Noor, Ketua Jabatan Buku Malaysia, ITBM dan Encik Ahmad Zamani Ishak, Editor datang membawakan dokumen Perjanjian Penerbitan buku Kumpulan Puisi Ikan-Ikan di Kaca yassinsalleh. Saya telah menandatanganinya dan Encik Rozlan menandatangani sebagai saksi. Hadhir sama ialah penyair Ahmadi Syarif, Kerabat ZK Indonesia. Kepada kedua-dua pegawai itu saya hadiahkan senaskah seorang buku Kumpulan Puisi Orang Bertujuh, Temasek dan juga buku kertas kerja Pak Mohamed Naim Daipi, Bahasa Melayu Singapura Dan Cabaran Masa Muka yang ditulisnya untuk Dialog Bicara Cendekiawan ZKPZ, Kami memanjatkan doa memohon Allah melindungi Pak Mohamed Naim Daipi. Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih ITBM. Foto : Yasleh Hani Wati.

Untuk sebarang pembelian buku 'Simfoni Sepi' karya ayahanda Yassin Salleh, sila layari laman blog beliau dilink berikut :


*Tahniah! buat ayahanda Yassin Salleh. Semoga Allah mempermudahkan urusan penerbitan 'Buku Kumpulan Puisi' Ayahanda ini nanti. Amin.


No comments: