ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, April 15, 2015

SAJAK :AKU SAYANG,SAYANG PADAMU


Malam,
Mengapa sunyi dan suram
Dimana cahaya bulan dan bintang
Dimana kenari hilang sembunyi
Menyanyilah hiburkan hati ini
Sayang ketahuilah
Bahawasanya kekashmu ini
sentiasa menunggu disini
sabar dalam kerinduan abadi

Bilakah mungkin kita bertemu
agar terubat hati nan rindu
hanya dirimu yang kurindu
walau jauh jarak dan waktu
tetap aku akan menunggumu
sayang, aku rindu
hadirlah dalam mimpi ku
Agar kasih dan sayang berpadu
Menjadi lautan madu
Sayang aku sayang padamu
Cinta seharum mawar.


Norais @ Nor Azizah Idris
Plentong Johor Malaysia
30042015 Khamis 2:32 Pagi.

No comments: