ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, April 4, 2015

SAJAK : LAYANG-LAYANG PUTUS TALINYA (YASSIN SALLEH).



Kencang angin laut petang
Tegang tali layang-layang
Sita dan rama menari di tirai awan
Meregang talian mengempang angin
Meraikan indahnya percintaan.

Terus jua menari dan menari

Sita dan rama menari dan menari sonder nyanyi
Sampai letih matari
Dan akan terus jua menari dan menari
Sampai tiba bulan
Sampai gugur bintang
Sampai turun embun
Sampai putus talian
Sampai melayang-layang hilang
Rama jatuh ke ombak laut
Sita tersimpuh di rindu hanuman.

Demikianlah nyanyi
Layang-layang putus talinya.

yassinsalleh
28.2.2015
Meraikan ulang tahun
perkahwinan ku dan Mummy
Teluk Rindu, Kuantan.
Hak Cipta (c) 2015 yassinsalleh
Semua Hak Terpelihara.

*Terima kasih ayahanda Yassin Salleh atas kiriman sajak-sajak ini. Untuk pembaca-pembaca blog NKN yang ingin mendapatkan buku beliau 'Simfoni Sepi' sila layari laman blog beliau di link ini.

No comments: