ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, April 22, 2015

SAJAK : PUNCAK JAYA - NOR AZIZAH IDRIS


Senyumlah semanis madu
Kurangkan masin selalu
Biarlah menangis rindu
Janganlah terasing selalu
Hidup bukan sengketa
Bukan juga tertawa
Sederhana dalam semua
Semua perkara ditimbang
Adil seksama rata
Pastilah itu dituntut
Selagi berpegang ugama
Tidak tersesat tiada terhalang
Puncak jaya dalam genggaman.


Norais @
Nor Azizah Idris
Plentong Johor
23042015 Rabu.

6 comments:

Tiada Kata Secantek Bahasa Untu Ku Puji Kekanda said...

Teruja melihatnya
Kaki berendam didalam kolam
Terima kasih wahai adinda
Yang cantek menawan..
CT Nurza Nama Gelaran.

®سيتي نور زا said...

Alhamdulillah...
Terima kasih kak kerana teruja.
Saya pun gembira akak ceria..:)

Tiada Kata Secantek Bahasa Untu Ku Puji Kekanda said...

Cekap sungguh mengedit gambar
Sesungguhnya kandamu gembira
Berbahasa bangsawsn kita..

®سيتي نور زا said...

Aduhai kekanda, sesungguhnya adinda sangat gembira dengan kesudian kekanda mencemar duli menyinggah di laman teratak sepi adinda di sini...
Nikmatilah apa jua sajian yang ada di laman ini dengan tulusnya. Terima kasih seharum budi.

Tiada Kata Secantek Bahasa Untu Ku Puji Kekanda said...

Bakal ramai yang akan mengujungi blog
Adinda ini..kecuali adinda tidak mengizinkan
Pengunjung berkunjung kemari.

®سيتي نور زا said...

Alhamdulilah...
Kepada yang sudi, tidak adinda halangi jika kunjungan seikhlas hati setulus budi. Meskipun laman ini tempat bermain-main sendiri menyusun atur aksara yang longgar, namun kehadiran semua dialu-alukan. Kepada yang sudi amat-amat dihargai dan disanjungi walau cuma dalam hati. Insya-Allah! layanan mesra pasti diberi jika jejaknya dapatku cari... terima kasih untuk semua yang sempat bertamu di sini termasuklah kekanda yang baik budi. Selamat malam dari adinda.