ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, April 7, 2015

SAJAK : SEPASANG BELIBIS - YASSIN SALLEH




Belibis sepasang itu turun lagi
Riang meramahi matari pagi
Sekejap menyelam bagaikan mandi
Sebentar berenang bagaikan mencari
Tak berenggang bagaikan kembar
Tak berpatukan bagaikan berbantah
Amboihai romantiknya dua sejoli
Bahagialah kalian di alam firdausi
Tiada nista sonder dusta
Tiada gelora adu domba
Kerana malang itu hanya ada
Dalam haloba khianat manusia
Dalam engkar amalan manusia
Dalam kelakar tamadun manusia
Dalam dasar munafik manusia
Yang nyenyak tidur dalam maklum
Jirannya sedang derita kebuluran

Belibis ajarlah aku bagaimana
Untuk berenang ditebat
Yang jauh dari manusia.

yassinsalleh
18.03.2015
Sungai Chongkak, Hulu Langat.
Hak Cipta (c) 2015 yassinsalleh
Semua Hak Terpelihara.


*Note : Terima kasih ayahanda Yassin Salleh atas kiriman sajak-sajak SMS ayah untuk anakanda simpan, baca dan muatkan dalam blog peribadi anakanda ini sebagai koleksi yang tidak akan hilang. Segala kiriman amat dihargai. Terima kasih juga diucapkan atas titipan hadiah buku 'Simfoni Sepi' karya ayahanda sewaktu anakanda mengikuti Program 'Ziarah Karyawan Pendeta Za'aba' di UPSI, Proton City, Tg. Malim Perak pada 27, 28 & 29 Mac 2015 yang lalu. Semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik buat ayah. Anakanda akan sentiasa menghargainya. Insya-Allah!


No comments: