ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, April 10, 2015

SELOKA LIMA SEKAWAN (ZKPZ, UPSI).


Lima sekawan seia sekata,
Siang malam bergurau senda,
Bila bertemu tak henti bercerita,
Sampai ke pagi asyik tertawa.


Zaihanim dan kak Siti pendiam orangnya,
Terasa bimbang untuk menyapa,
Bila dah kenal berbual mesra,
Rupa-rupanya satu kepala.


Di dalam bilik duduk berdua,
Ainnur Mustaqim teman sejiwa,
Habis wajahku dirias olehnya,
Berubah penampilan seakan tak percaya.


Novelis kelakar namanya Dila,
Pagi petang asyik ketawa,
Berkawan dengannya kurasa ceria,
Pantang bersua pasti berjenaka.


Guru pendiam Zaihanim Zainal Abidin namanya,
Berkaca mata manis orangnya,
Di dalam kereta tak banyak bicara,
Bersama kami ramah jadinya.


Ini seloka lima sekawan,
Bertemu dalam ziarah karyawan,
Duduk semeja sebelah-bersebelahan,
Sering berkongsi buah fikiran.


Nukilan Spontan,
-CT Nurza-

UPSI, Proton City, Tanjung Malim, Perak.

03/04/2015
01:51 pg.

*Note : Kredit Foto buat Kak Siti Rozilah Novelis & tak lupa buat Ayahanda Chik Novelis juga atas kesudian merakamkan gambar ini di Persinggahan Air Terjun Ulu Yam ketika dalam perjalanan pulang dari UPSI  ke KL. Maaf, terlupa nak masukkan sekali AC di dalam seloka santaiku ini. Insya-Allah! akan disambung pada siri-siri akan datang. Terima kasih untuk rakan-rakan penulis semua.

2 comments:

ainnur mustaqim said...

cayalah sis...terbaik pantun seloka tuh...akan dikenang sampai bila2...

®سيتي نور زا said...

Adinda Ainnur Mustaqim...terima kasih. Nampaknya kena buat sirilah seloka ni nanti, sebab terlupa nak masukkan Ayahanda Chik sekali kan? sampai hati lupa kat jurufoto kita tuh...hehehe...