ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, April 2, 2015

SYAIR : UPSI TERPAHAT DI HATI.


Segala yang bermula ada awalan,
Susun aturnya Allah tentukan,
Assalamualaikum saya dahulukan,
Kepada semua rakan sealiran.

Pertemuan pertama berlangsung di UPSI,
Melakar cerita jua memori,
Antara sahabat kerabat bestari,
Bersemi kisah terpahat di hati.

Berpanas berhujan setiap hari,
Namun semangat kental sekali,
Semua sesi kita hadiri,
Berwacana berdiskusi setiap hari.

Makan dan minum turut disediakan,
Demikian juga tempat penginapan,
Segala kemudahan telah disediakan,
Demi menyatukan seniman dan karyawan.

Bertemu sang guru mengutip ilmu,
Selagi diri tak pernah jemu,
Bertanya sahaja yang tidak tahu,
Pasti bertambah pengetahuan baharu.

Adat bertemu pasti berpisah,
Saat begini semuanya resah,
Tinggallah segala kenangan yang indah,
Terjalin sudah satu ukhuwah.

Demikianlah hebat misi karyawan,
Menyatukan semua tak kira golongan,
Dari bawahan sehingga atasan,
Hormat menghormati penuh keikhlasan.

Terima kasih kepada semua,
Atas pertemuan yang istimewa,
Semoga nanti kembali bersua,
Jikalau masih dipinjamkan usia.

Syair Spontan Nukilan,
-CT Nurza-
UPSI, Proton City, Tanjung Malim.
28 Mac 2015
02:05 pg.

Ayahanda Yassin Salleh, kak Normah Nordin, Adinda Ainnur Mustaqim, Nur Dila, kak Siti Sara Salwana, kak Siti Rozilah Novelis, kak NurQasehku Olia & semua rakan-rakan yang baik budi yang kutemui di sana. Kalian semua sentiasa dalam doaku. Terima kasih sekalung budi.

*Kredit untuk Gambar Ehsan dari lensa kamera rakan-rakan peserta 'Ziarah Karyawan Pendeta, Za'aba' UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris), Tanjung  Malim, Perak.

No comments: