ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, May 14, 2015

PANTUN HARI GURU 2015




Berbaju biru pergi ke Pekan,
Ke Pekan Rabu membeli salak;
Tema Hari Guru telah ditentukan,

Membina ilmu menyempurnakan akhlak.

Laut Mati dikatakan Misteri,
Punya sejarah dan kisah tersendiri;
Sumbangan bakti banyak diberi,
Budi dicurah setiap hari.


Buah peria di atas para,
Dijemur ayah bersama halwa;
Murid berjaya guru gembira,
Itulah hadiah yang paling istimewa.

'Selamat Hari Guru' buat semua guru-guru yang pernah mengajar saya, tidak kira secara rasmi atau tidak rasmi. Kalian semua saya kenang dan hargai selamanya dalam doa dan ingatan. Aamiin.


Nukilan,
- CT Nurza-
14 Mei 2015
05:34pg.


4 comments:

Aspo Lusia said...

salam puan, mohon copy pantun nak wish pada guru2 saya ya.

®سيتي نور زا said...

Salam En. Aspo Lusia... Silakan. :)

ya muaddab said...

assalamualaikum puan, mohon untuk digunakan pantun bagi sambutan hari guru ini :)

®سيتي نور زا said...

Waalaikumussalam...
Ya, boleh je... silakan.