ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, June 23, 2015

BUKU : 'THE ETERNAL STORM' - SEKALI AIR BAH, SELAMANYA PASIR BERUBAH




Bismillahirrahmanirrahiim...

(Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh...

Salam sejahtera dan salam Ramadan Al-Mubarak 1436 H, buat semua pengunjung-pengunjung setia blog NKN. Terima kasih sekalung budi. Tidak kira di mana sahaja anda berada, anda tetap dihargai, Walau cuma di dalam doa tanpa suara.

Sebenarnya, saya juga ingin menitipkan ucapan jutaan Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pihak Penerbit yang telah sudi menghantarkan sendiri secara terus kepada saya senaskah buku 'The Eternal Storm' - Sekali Air Bah, Selamanya pasir Berubah, khususnya Puan Intan Jailani dan suami Encik Abdul Razak Bin Abdul Aziz. Buku ini telah selamat saya terima semalam 23 Jun 2015 menerusi wakil pihak penerbit iaitu Cik Audiya Abdul yang diamanahkan menghantar buku ini kepada saya. 

Selaku salah seorang daripada 5 orang penulis yang dipilih karya-karyanya untuk diterbitkan di dalam buku ini, saya dengan jujurnya mengakui amat berterima kasih, gembira, puas hati dan bersyukur tidak terkira apabila dapat memegang dan menatap buku yang cukup istimewa ini di hati saya.

Inilah jariah kecil yang mungkin dapat kami lakukan untuk membantu insan-insan yang ditimpa musibah tanpa diduga. Semoga akan ada insan-insan di luar sana juga terbuka hati untuk berbuat demikian dengan membeli dan membaca buku ini sebagai sumbangan amal untuk membantu mereka yang diuji kesusahan akibat banjir besar yang lalu.

Antara penulis-penulis yang dipilih karyanya untuk mengisi tajuk-tajuk khas di dalam buku ini adalah Encik Mohd Khair Ngadiron, Allahyarham Rahimidin Zahari, Saya sendiri (CT Nurza), Marzihan Mohd Ali dan Norazimah Abu Bakar.

Untuk itu, kepada yang ingin turut serta membantu, anda boleh mendapatkan buku ini secara terus daripada Pihak Penerbit atau membuat pesanan secara terus melalui emel saya ctnurza@gmail.com.

Saya akan uruskan tempahan anda dengan pihak penerbit, manakala urusan pembayarannya perlu dibuat secara terus dengan pihak penerbit. Akan saya maklumkan nanti. Harga untuk senaskah buku ini ialah RM120.00 tidak termasuk kos penghantaran untuk Semenanjung, Sabah & Sarawak. Buku ini berkulit tebal dan mempunyai 145 halaman bercetak & bergambar.

Selain daripada buku ini, anda juga boleh mendapatkan Set Notebook Sketch (3 set) berharga RM90.00 tidak termasuk kos penghantaran sepertimana yang dimaklumkan. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kesemua Puisi yang dimuatkan di dalam buku ini telah menjadi tajuk utama setiap gambar-gambar dan lakaran yang memaparkan tempat-tempat yang telah terlibat dengan banjir besar di Negeri Kelantan pada musim banjir yang lalu. Ia cukup-cukup menginsafkan diri dan memberi kesedaran untuk kita semua turut membantu.

Untuk pengetahuan semua, segala kutipan dana ini adalah bertujuan untuk menyediakan penginapan-penginapan kepada mangsa banjir yang terlibat dengan bencana tersebut.  Anggaran setiap unit rumah kosnya adalah sebanyak RM45,000. Justeru, kepada individu atau pihak-pihak yang sudi membantu menghulurkan sumbangan untuk saham akhirat anda, anda bolehlah mendapatkan buku ini melalui pihak penerbit iaitu Syarikat E-Magineers (M) Sdn Bhd ataupun melalui ITBM (Institut Terjemahan Buku Malaysia).


Sekian, selamat berbuka puasa dan berinfaq kepada yang terbuka hati untuk membantu mereka yang memerlukan.

Salam Ramadan Al-Mubarak untuk semua.

PUISI : TERKESANKAH RAMADAN?




Ramadan yang mulia
Kita raikan penuh mesra
Menjalin ukhuwah sesama
Bersilaturahim bersaudara
Berjemaah bersatu saf berdiri bersama


Tidak kira siapa kita
Tidak kira siapa dia
Pandangan Allah tetap sama
Nilai amal dan taqwa
Itu jadi hitungan-Nya
Di sini dan di sana
Tiada yang berbeza


Puasa kita jadi penentu
Akhlak baik atau sebaliknya
Lihatlah selepas ini
Kesan amal yang kita lakukan
Sesudah Ramadan kita tinggalkan


Ramadan bulan pemulihan
Mendidik akhlak dan jiwa
Kepada kebaikan jua keikhlasan.
Semoga ada perubahan
Untuk diri yang diberi keinsafan.


-CT Nurza-
23 Jun 2015
16:33ptg.


Monday, June 22, 2015

KOMPILASI CERPEN GMM 'KOMPLOT MENULIS'.


BAKAL TERBIT DAN BERADA DI PASARAN tidak lama lagi. Projek GRUP MARI MENULIS. ANTOLOGI CERPEN yang dibarisi 50 orang penulis baharu dan lama. Pelbagai kisah menarik digarap dan bakal mengusik hati dan jiwa. Kepada yang berminat untuk mendapatkannya bolehlah berhubung dengan Ayahanda Chik, Nur Dila, untuk pre-order. STOK TERHAD! SIAPA DAHULU, DIA DAPAT! Boleh juga PM dengan para penulis yang ada di dalam kompilasi cerpen ini. Jom dapatkan segera!

KARYA MENARIK BUAT HATI TERTARIK!

ANTARA PENULIS YANG TERLIBAT.

1) Sinar Di Hujung Senja (AC Jeffri)*
2) Nota Cinta Rahsia (Noraz Ikha)**
3) Leptospirosis (Salleh Hashim)
4) Nota Buat Ayah (Raiza Khairina)**
5) Aku, Televisyen dan Rempeyek (CT Nurza)
6) Egois Yang Rebah (Mat Lawi Bin Hassan)
7) Koloni Syurga (Ahmad Mazhan Borhan)
8) Roti Pau Bonda (Baharuddin Sairi)**
9) Bolki Setelah Tujuh Tahun (Pethronella Raimi)*
10) Ada Sinar Menanti (Maya Zulaikha)
11) Monolog Kasih (Nur Dila)*
12) Lambaian Cinta Kaabah (Putri Nurul Asyiqin)
13) Maafkan Isterimu, Wahai Suamiku (Asmah Hashim)
14) Menanti Mendung Berlalu (Mas Raden)
15) Riwayat (Nur Syahidah Wan Mahassan)
16) Wish ke Camry (Julia Basri)
17) Zuriat (Darlene Adriana)**
18) Selamat Hari Guru, Cikgu (Nurhidah Halun)*
19) Segala Yang Termanis Ada Dalam Kenangan (Mohamad Amli Ghazali)
20) Gadis Jolobu (Julia Basri)
21) Kerana Aku Seorang Jururawat (Atie Atiya)*
22) Kutip Cabai Cina (Noor Azihan Sulaiman)**
23) Sosiometri (Muhammad Faizal)*
24) Surat Kepada Piala Thomas (Haira Amri)
25) Adik Sakit Kepala (Seyogia)*
26) Kembara Misteri Sebuah Jiwa (Siti Aksara)
27) Kembali Pada-Mu (Irisze Zamanie)*
28) Aku Yang Berdosa (Azilah Wahab)
29) Hajat Yang Tidak Kesampaian (Thanusya PS Nathan)
30) Aku Bukan Disleksia (Farouk Shedeq)
31) Impian Kak Long (Abma Dinera)
32) Aisy Izzuddin, Jom (Adilah Zulkiffli)*
33) Bantu Aku Terbang (Faiz Tasnim)
34) Titipan Terakhir Buat Abah (Haimi Zalya)
35) Si Luncai (Siti Zaiton Ahmad)
36) Selamat Jalan Cinta (Ainnur)
37) Diari Seorang Pesakit (Nazz Shukeri)
38) Karma Atau Kebetulan (Zubaidah Hassan)
39) Projek Cinta Nabi (Mohd Izwanuddin)
40) Selamat Tinggal (Nur Atiqah)
41) Seorang Manusia dan Seekor Semut (Nor Hanom Md Taib)
42) Menunggu Bulan (Yan Yahaya)
43) Penyatuan Abadi (Mohamad Khairi Mohamad Ani)
44) Not I dan II (Siti Kalsom Md Taib)
45) Sahabat Avant-Garde (Siti Noor Balqis)
46) Aku, Dia dan Kek Pelangi Qasehku Adiera)
47) Sampai Bila (Sofuan Saadon)
48) Preskripsi Hidup (Chua Pei Yong)
49) Kera (DrFendi Ameen)
50) Akan Aku Jaga Hati Ini (Arefit Shafiq)


*Kredit untuk semua ahli GMM yang berkomplot menyumbang idea dan karya di dalam buku ini.
Selamat berjaya semua!

Saturday, June 20, 2015

PUISI : TITIS KASIH UNTUK BONDA


Kuanyam kasih...
dari titis-titis doa pilu
dalam setiap nafas senduku
Untukmu bonda yang melahirkan aku.


Seindah jambangan rindu
kutitipkan ingatan buatmu
tunggulah aku di sana
dalam sejahtera dan redha-Nya.


-CT Nurza-
20 Jun 2015
16:26ptg.

SAJAK : SEHARIAN BERSAMA CINTA.


Semalam yang indah
seharian bersama cinta
kekasih pujaan kesuma
walau hanya diminda jua

Bahagia dirasakan nyata
rasa seperti tidak percaya
tetapi itulah kenyataanya
saya sangat mencintaimu

Ungkapan rindu amat rindu
cintaku hanya untukmu saja
hanya engkau bertahta dijiwa
bisikan lembut menyentuh rasa

Bulan mulia penuh keberkataan
bulan ditunaikan segala hajat
mohon apa saja segala niat
niat murni membawa berkat.

Norais
20.6.15
JOHOR
MALAYSIA.

*Kredit untuk kak Nor Azizah Idris. Terima kasih sekalung budi.

Friday, June 19, 2015

PUISI : RINDU ANAK DESA


Desa ini desaku
Sejuk airnya sedingin salju
Warga desaku mesra harmoni
Seia sekata bergotong royong
Kenduri-kendara sentiasa membantu
Nilai murni diterap selalu
Untuk diamalkan generasi baru
Bersantun kata beramah mesra
Budi bahasa mendahului segala.


Desaku desa warisan
Warganya luhur bersifat jujur
Bila membantu penuh keikhlasan
Tiada keraguan dalam persahabatan
Silaturahimnya erat tanpa kepentingan
Sikap kepedulian menjadi keutamaan.


Desaku desa terpinggir
Jauh dari segala pembangunan
Anak watannya tetap tinggi pemikiran
Mencorak desa mencapai kemajuan
Tiada ketinggalan walau jauh di pendalaman.


Aku rindu pada desaku
Lantaran di situ tempat lahirku
Di situ aku membesar
Bersama pahit getir kepayahan
Menyuntik semangat diri meneruskan kehidupan
Kecekalan hati menjadi pakaian waja
Merintis kejayaan memetik impian
Agar tergenggam bersama senyuman.


Aku sayang pada desaku
Meski semakin hari semakin pilu
Wajah kusayang tiada lagi dapat kutemu
Semuanya pergi diusung waktu
Hanya ingatan terpahat di kalbu.


Al-Fatihah untukmu ayah dan ibu
Desaku...
Kau kurindui selalu.


-CT Nurza-
13/06/2015
09:37pg.

Sunday, June 14, 2015

PUISI : MENJAHIT PAKAIAN IMAN


Menghampiri ramadan
Mari kita jahit pakaian iman
Kita putihkan warna hati
Semoga kekotoran tiada lagi
Kita perbaiki kelemahan diri
Jangan mencari keburukan orang
Jernih mata fikir kita sulamkan zikir
Tutup pintu hati untuk melihat kejelekan
Bersihkan amalan dari segala yang mencacatkan.


Salam ukhuwah & salam Ramadan untuk semua.

CT Nurza,
13/06/2015
10:06pg.

Monday, June 8, 2015

PUISI : ILUSI SEBUAH KEINDAHAN


Cantik itu khayalan
Angan itu igauan
Yakin hanya pada sebuah kenyataan
Hidup ini cuma ilusi pada keindahan
Tiada apa-apa
Kosong dan kosong!
Menilik pada kecantikan
Merapatkan kita kepada kehampaan.


-CT Nurza-
04 Jun 2015
08:22pg.

PUISI : MIMPI BERBAKI


Mimpi-mimpi berbaki
Hanya cebisan sisa-sisa duka
Limpahan semangkuk nestapa
Yang terpercik cuma.

-CT Nurza-
04 Jun 2015
10:05pg

Wednesday, June 3, 2015

PUISI : BERTAHAN DALAM UJIAN



Selagi ada iman
Kita tetap bertahan
Meski banyak ujian
Kita semakin berkeyakinan
Walau dugaan iman amat menyakitkan
Namun ia bagai suatu penghormatan
Untuk kita sentiasa di sisi Tuhan
Mohon tidak dipalingkan pandangan
Walau hanya pandangan ehsan
Dari Allah SWT yang memberi kebaikan.


Aku pasrah dengan qada' dan qadar-Nya
Lantaran di situ
Ada hikmah yang terindah!


- CT Nurza -
03 Jun 2015
09:55pg.


‪#‎MengutipMutiaraDisebalikMehnah‬

Tuesday, June 2, 2015

PUISI : SIAPAKAH YANG PALING HIPOKRIT?


Apa yang kau suka
Buatlah sesukanya
Apa yang kau bangga
Banggakanlah diri mendabik dada
Aku tak punya apa
Aku bukan sesiapa
Aku kekal diri sebagai hamba-Nya
Hamba yang perlu patuh taat
Kepada Sang Pencipta-Nya jua.


Aku riang melihat kau terus tertawa menebar dusta
Tertawalah semahu-mahunya 
Berdekah, berguling dan bersorak angkuhlah semahunya
Namun pahatkanlah diingatanmu

Aku tidak mahu nanti saat kau berduka
Kau datang kembali mendampingi diriku
Teman yang pernah engkau khianati
Teman yang pernah engkau pinggiri
Tatkala mengenali dia yang kau puja.

Ah, sudahlah!!!
Kau pendusta!
Kau pembohong!!!

Aku ditikam bertubi-tubi berkali-kali
Walau aku hanya diam membisu menyingkir diri
Aku tahu kau dan dia bercumbu mesra
Berselingkuh nafsu meliar di kamar maya
Tapi aku terus membisu
Tidak mahu ambil tahu
Terpulang kepadamu dan dia
Kerana aku bukan sang penyibuk menjaja cerita
Tentang keaiban orang
Tentang keburukan teman-temanku
Walau hakikatnya aku ditebarkan aib dan fitnah
Oleh si pendengki
Oleh si pembenci
Yang mendekati aku
Persis gunting dalam lipatan.

Pergilah!
Pergilah kau hanyut bersama dia
Kerana dia adalah nafsumu yang menyempurnakan kehendak
Tidak sepertiku yang membantah keras
Untuk menurut apa jua kehendak
Tidak sama sekali!
Aku rela menjauhi
Biar apa yang kau fikir tidak menyenangkan
Aku tetap mahu menjadi diriku
Diri sendiri yang bukan hipokrit kepada apa yang kubenci!

Selamat tinggal dan selamat jalan
Buat rakan yang bukan rakan!

-CT Nurza-
02 Jun 2015
07:05pg.

*Bila emosi dijentik, selaut rasa percaya hilang ditelan ombak durjana. Sekah jiwa pendam dalam duka yang tak terkira. Engkau memang hebat... Tahniah! selamanya.

PUISI : UNTUKMU SANG PENCATAT (Ditujukan buat diri)



Naskah baru kehidupan
Kita buka helaian putih bersih
Tintakan apa jua bentuk kebaikan
Agar lembaran penghujung yang dinilai kelak
Bisa buat kita tersenyum riang
Berhimpun tenang dalam golongan sang pencatat
Penerima buku amalan
Daripada pemberian sebelah kanan
Semoga...
Keikhlasan amal bakti kita
Diterima oleh-Nya.


Subhanallah!
Alhamdulillah!
Allah Hu Akbar!

Astaghfirullah Hal Aziim!!
Sesungguhnya kamilah hamba
Yang banyak berdosa kepada-Mu Ya Rabbi!
Ampunkanlah kami!!


"Salam Nisfu Syaaban" untuk semua!

-CT Nurza-
02 Jun 2015
04:40pg.


*Foto Hiasan : Milik sendiri punya.

SYAIR : MUSIM CUTI SEKOLAH 2015




Cuti sekolah ibu bapa gembira,
Setiap hari bercuti mengira,
Duit belanja jimat sementara,
Sekolah dibuka riuh bersuara.

Buka sekolah dibulan puasa,
Belumlah tentu dompet selesa,
Banyak permintaan berbuka puasa,
Setiap hari bertukar cita rasa.

Wahai ibu bapa apakan daya,
Habis berpuasa kita beraya,
Pakaian anak-anak perlu disedia,
Gembirakan mereka di hari raya.

Bab pertama selesai sudah,
Bab kedua mengundang gundah,
Menghadiri kenduri berpakaian indah,
Hulurkan sampul sambil beramah.

Isi disampul jumlahkan sekadar,
Sebagai tanda sebelum beredar,
Nilai RM nya usah digusar,
Niat memberi bukan berbayar.

Jemputan datang kita hadiri,
Penuhi syarat makan kenduri,
Ada kemampuan kita memberi,
Insya-Allah dikenang kemudian hari.

-CT Nurza-
31/05/2015

10:51pg.

*Foto : Kenangan dimajlis kenduri kahwin salah seorang rakan sekursusku di Paya Bungor, Kuantan. Terima kasih Ana.