ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, June 23, 2015

BUKU : 'THE ETERNAL STORM' - SEKALI AIR BAH, SELAMANYA PASIR BERUBAH




Bismillahirrahmanirrahiim...

(Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh...

Salam sejahtera dan salam Ramadan Al-Mubarak 1436 H, buat semua pengunjung-pengunjung setia blog NKN. Terima kasih sekalung budi. Tidak kira di mana sahaja anda berada, anda tetap dihargai, Walau cuma di dalam doa tanpa suara.

Sebenarnya, saya juga ingin menitipkan ucapan jutaan Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pihak Penerbit yang telah sudi menghantarkan sendiri secara terus kepada saya senaskah buku 'The Eternal Storm' - Sekali Air Bah, Selamanya pasir Berubah, khususnya Puan Intan Jailani dan suami Encik Abdul Razak Bin Abdul Aziz. Buku ini telah selamat saya terima semalam 23 Jun 2015 menerusi wakil pihak penerbit iaitu Cik Audiya Abdul yang diamanahkan menghantar buku ini kepada saya. 

Selaku salah seorang daripada 5 orang penulis yang dipilih karya-karyanya untuk diterbitkan di dalam buku ini, saya dengan jujurnya mengakui amat berterima kasih, gembira, puas hati dan bersyukur tidak terkira apabila dapat memegang dan menatap buku yang cukup istimewa ini di hati saya.

Inilah jariah kecil yang mungkin dapat kami lakukan untuk membantu insan-insan yang ditimpa musibah tanpa diduga. Semoga akan ada insan-insan di luar sana juga terbuka hati untuk berbuat demikian dengan membeli dan membaca buku ini sebagai sumbangan amal untuk membantu mereka yang diuji kesusahan akibat banjir besar yang lalu.

Antara penulis-penulis yang dipilih karyanya untuk mengisi tajuk-tajuk khas di dalam buku ini adalah Encik Mohd Khair Ngadiron, Allahyarham Rahimidin Zahari, Saya sendiri (CT Nurza), Marzihan Mohd Ali dan Norazimah Abu Bakar.

Untuk itu, kepada yang ingin turut serta membantu, anda boleh mendapatkan buku ini secara terus daripada Pihak Penerbit atau membuat pesanan secara terus melalui emel saya ctnurza@gmail.com.

Saya akan uruskan tempahan anda dengan pihak penerbit, manakala urusan pembayarannya perlu dibuat secara terus dengan pihak penerbit. Akan saya maklumkan nanti. Harga untuk senaskah buku ini ialah RM120.00 tidak termasuk kos penghantaran untuk Semenanjung, Sabah & Sarawak. Buku ini berkulit tebal dan mempunyai 145 halaman bercetak & bergambar.

Selain daripada buku ini, anda juga boleh mendapatkan Set Notebook Sketch (3 set) berharga RM90.00 tidak termasuk kos penghantaran sepertimana yang dimaklumkan. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kesemua Puisi yang dimuatkan di dalam buku ini telah menjadi tajuk utama setiap gambar-gambar dan lakaran yang memaparkan tempat-tempat yang telah terlibat dengan banjir besar di Negeri Kelantan pada musim banjir yang lalu. Ia cukup-cukup menginsafkan diri dan memberi kesedaran untuk kita semua turut membantu.

Untuk pengetahuan semua, segala kutipan dana ini adalah bertujuan untuk menyediakan penginapan-penginapan kepada mangsa banjir yang terlibat dengan bencana tersebut.  Anggaran setiap unit rumah kosnya adalah sebanyak RM45,000. Justeru, kepada individu atau pihak-pihak yang sudi membantu menghulurkan sumbangan untuk saham akhirat anda, anda bolehlah mendapatkan buku ini melalui pihak penerbit iaitu Syarikat E-Magineers (M) Sdn Bhd ataupun melalui ITBM (Institut Terjemahan Buku Malaysia).


Sekian, selamat berbuka puasa dan berinfaq kepada yang terbuka hati untuk membantu mereka yang memerlukan.

Salam Ramadan Al-Mubarak untuk semua.

No comments: