ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, June 2, 2015

PUISI : SIAPAKAH YANG PALING HIPOKRIT?


Apa yang kau suka
Buatlah sesukanya
Apa yang kau bangga
Banggakanlah diri mendabik dada
Aku tak punya apa
Aku bukan sesiapa
Aku kekal diri sebagai hamba-Nya
Hamba yang perlu patuh taat
Kepada Sang Pencipta-Nya jua.


Aku riang melihat kau terus tertawa menebar dusta
Tertawalah semahu-mahunya 
Berdekah, berguling dan bersorak angkuhlah semahunya
Namun pahatkanlah diingatanmu

Aku tidak mahu nanti saat kau berduka
Kau datang kembali mendampingi diriku
Teman yang pernah engkau khianati
Teman yang pernah engkau pinggiri
Tatkala mengenali dia yang kau puja.

Ah, sudahlah!!!
Kau pendusta!
Kau pembohong!!!

Aku ditikam bertubi-tubi berkali-kali
Walau aku hanya diam membisu menyingkir diri
Aku tahu kau dan dia bercumbu mesra
Berselingkuh nafsu meliar di kamar maya
Tapi aku terus membisu
Tidak mahu ambil tahu
Terpulang kepadamu dan dia
Kerana aku bukan sang penyibuk menjaja cerita
Tentang keaiban orang
Tentang keburukan teman-temanku
Walau hakikatnya aku ditebarkan aib dan fitnah
Oleh si pendengki
Oleh si pembenci
Yang mendekati aku
Persis gunting dalam lipatan.

Pergilah!
Pergilah kau hanyut bersama dia
Kerana dia adalah nafsumu yang menyempurnakan kehendak
Tidak sepertiku yang membantah keras
Untuk menurut apa jua kehendak
Tidak sama sekali!
Aku rela menjauhi
Biar apa yang kau fikir tidak menyenangkan
Aku tetap mahu menjadi diriku
Diri sendiri yang bukan hipokrit kepada apa yang kubenci!

Selamat tinggal dan selamat jalan
Buat rakan yang bukan rakan!

-CT Nurza-
02 Jun 2015
07:05pg.

*Bila emosi dijentik, selaut rasa percaya hilang ditelan ombak durjana. Sekah jiwa pendam dalam duka yang tak terkira. Engkau memang hebat... Tahniah! selamanya.

No comments: