ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, June 20, 2015

SAJAK : SEHARIAN BERSAMA CINTA.


Semalam yang indah
seharian bersama cinta
kekasih pujaan kesuma
walau hanya diminda jua

Bahagia dirasakan nyata
rasa seperti tidak percaya
tetapi itulah kenyataanya
saya sangat mencintaimu

Ungkapan rindu amat rindu
cintaku hanya untukmu saja
hanya engkau bertahta dijiwa
bisikan lembut menyentuh rasa

Bulan mulia penuh keberkataan
bulan ditunaikan segala hajat
mohon apa saja segala niat
niat murni membawa berkat.

Norais
20.6.15
JOHOR
MALAYSIA.

*Kredit untuk kak Nor Azizah Idris. Terima kasih sekalung budi.

2 comments:

Tiada Kata Secantek Bahasa said...

Terima kasih adik CT Nurza.
Siaran di blog indah sekali..
Terharu rasa didalam hati
Portrait wajahku terlukis ini
Lambang luhur budimu Nurza.

®سيتي نور زا said...

Sama-sama kak. Syukur, jika akak gembira. Menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup ini suatu kemestian buat diriku kak. Kegembiraan rakan-rakan adalah kebahagiaan diri saya... Insya-Allah! :)