ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, June 2, 2015

SYAIR : MUSIM CUTI SEKOLAH 2015




Cuti sekolah ibu bapa gembira,
Setiap hari bercuti mengira,
Duit belanja jimat sementara,
Sekolah dibuka riuh bersuara.

Buka sekolah dibulan puasa,
Belumlah tentu dompet selesa,
Banyak permintaan berbuka puasa,
Setiap hari bertukar cita rasa.

Wahai ibu bapa apakan daya,
Habis berpuasa kita beraya,
Pakaian anak-anak perlu disedia,
Gembirakan mereka di hari raya.

Bab pertama selesai sudah,
Bab kedua mengundang gundah,
Menghadiri kenduri berpakaian indah,
Hulurkan sampul sambil beramah.

Isi disampul jumlahkan sekadar,
Sebagai tanda sebelum beredar,
Nilai RM nya usah digusar,
Niat memberi bukan berbayar.

Jemputan datang kita hadiri,
Penuhi syarat makan kenduri,
Ada kemampuan kita memberi,
Insya-Allah dikenang kemudian hari.

-CT Nurza-
31/05/2015

10:51pg.

*Foto : Kenangan dimajlis kenduri kahwin salah seorang rakan sekursusku di Paya Bungor, Kuantan. Terima kasih Ana.

No comments: