ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, September 1, 2015

HSDM 2015 : EDISI KHAS "MAULANA PUTERA"





MESKIPUN HSDM 2015, sudah beberapa minggu berlalu, namun kehangatan suasananya sehingga kini masih lagi dapat dirasai kemeriahannya. Amat bersyukur rasanya lantaran diberi peluang untuk turut serta meraikan kejayaan rakan-rakan dalam dunia penulisan. Undangan istimewa daripada pihak DPMP untuk bersama-sama menyerikan Majlis yang cukup gah dah gilang-gemilang ini, sedikit sebanyak mampu menyuntik semangat diri untuk terus berusaha dan berjaya. Sebagaimana insan-insan yang telah dipilih oleh Allah ini untuk menerima limpah rahmat dan nikmatnya.

Gembira tidak terhingga apabila dapat menyaksikan kejayaan rakan-rakan di hadapan mata. Hanya ucapan 'TAHNIAH' yang dapat diberikan kepada mereka semua, termasuk ayahanda Maulana Putera@Mat Piah Teh Deris. Sebenarnya, dalam kegembiraan tepuk sorak yang cukup istimewa pada majlis malam itu, sesuatu yang tanpa disengajakan telah berlaku. Nama ayahanda Mat Piah Teh Deris hampir-hampir keciciran untuk naik ke pentas mengambil hadiah yang dimenanginya. Saat itu, YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob juga, sudah selesai menunaikan tanggung jawabnya untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang. Setelah itu, beliau hampir-hampir turun dari pentas seusai majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Namun, secara tiba-tiba majlis dikejutkan pula dengan satu pengumuman permohonan maaf daripada Juruacara majlis yang bertugas.

Alangkah, terkejutnya hadirin yang datang, apabila dimaklumkan bahawa seorang lagi pemenang tidak dijemput naik ke pentas kerana kesilapan yang tidak disengajakan. Akhirnya, apabila diumumkan nama ayahanda Mat Piah Teh Deris, saya rasa terkedu dan sebak secara tiba-tiba. Terbayang perasaan beliau diwaktu itu seandainya Juruacara majlis langsung terlupa dan tidak menyedari hal tersebut. Betapa sedihnya saya fikir  selain diselimuti rasa malu pada diri dan sebagainya. Namun, kehendak Allah tiada siapa menduga. Di sebalik kejadian itu, rupa-rupanya ada hikmah yang tersembunyiserta terlakar sebuah kenangan yang cukup manis dan bermakna buat beliau.

Memandangkan beliau merupakan pemenang terakhir dipanggil naik ke pentas, maka beliau disambut dengan riang gembira oleh YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang sendiri, di pentas itu. Sekali lagi, Tahniah! ayahanda Mat Piah Teh Deris. Majlis itu bukan sahaja melayakkan ayahanda menerima Anugerah dalam dunia penulisan tetapi juga Anugerah untuk bersua dengan MB Pahang secara lebih dekat lagi tanpa disangka-sangka. Sememangnya, aturan Allah mengatasi segala-galanya. Jadi, biarkanlah gambar terus berbicara.

Selamat Maju Jaya dan terus berkarya.

Coretan Spontan,
- CT Nurza -
01 September 2015.
02:34pg.

No comments: