ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, September 3, 2015

PUISI : AKU BUKAN PARI-PARI CINTAMU



Seandainya esok...
Aku tidak lagi bertanya akan khabarmu
Tidak lagi sering menyapa santun dan mesra
Atau tidak lagi beramah-tamah
Itu tandanya
Aku telah sedia menjauh
Tidak lagi ingin hadir dalam hidupmu
Pasti...
Tidak sesekali ingin mengganggu tenangmu
Untuk terus bercanda di ruang damai
Memuja-memuji pari-pari cintamu
Yang setia menunggu
Setia membelai
Lantaran aku bukanlah mereka
Kerana sampai bila
Aku tetap menjadi diriku
Tidak akan mencemarkan sebuah prinsip diri
Lantas, maafkan aku
Andai  kewujudan ini
Tidak langsung memberikan erti padamu
Walau bertamu hanya sekadar detik
Justeru, izinkan aku berlalu
Untuk tidak menoleh lagi.


Nukilan Spontan,
-CT Nurza-
03 September 2015.
11:48pg.

2 comments:

CAHAYA RUMAHKU said...

:D terbaikkkk...

®سيتي نور زا said...

CAHAYA RUMAHKU... terima kasih sudi singgah ya...:D :D :D