ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, September 10, 2015

PUISI (KOLABORASI) : SAHABAT SEJATI



Antara rakan-rakan puisi yang sudi berkolaborasi melontarkan idea tentang pengertian 'Sahabat sejati'. Terima kasih Ayahanda Maulana Putera, Kekanda Shirley Idris, Kekanda Nor Azizah Idris, Kekanda Saniah Masri, Kekanda Anita Omar, Sis Anna Elsa, Bro Haris, Bro Zarir, Bro Md Rashid & Sdr. Ariz Hidayat,


SAHABAT SEJATI.

Sahabat sejati..sentiasa ada masa kita senang dan susah.
Sentiasa memberi kata~kata nasihat
Bila kita perlukan
.menegur setiap kesilapan yang kita lakukan Boleh dipercayai Tidak menyebarkan keburukan kita.. Malahan sahabat sejati akan sentiasa membela kita bila ada antara kawan2 bercerita tentang keburukan kita..itulah sahabat sejati dan setia

Norais..
090915
Johor
Malaysia.

*********
Jika ini...

SAHABAT SEMATI

tidak mengukur peribadi
sentiasa ada di sisi

melewati bersama hari-hari

berjanji sentiasa menepati

setianya tidak bisa di jangkali

Walau kemana pun perginya

memberi,menegur kata-kata baik

bercermin tidak sendiri

Itu sahabat semati


*mampukah kita?
Zarir Ali.

*********

Sahabat sejati tidak pernah rasa iri

Atau tergamak untuk mengkhianati

Kerana eratnya bagaikan ikatan tali

Kukuh teguh tersimpul mati

Tepat menunai janji

Memahami tentang diri

Jujur amanah bila dipercayai
Tiada tersemat prasangka curiga

Tahu menjaga hati

Tahu menimbang budi

Menutup aib rakan sendiri

Bukan menindas untuk kepentingan diri

Semoga kita mampu menjadi sahabat sejati

Sahabat yang setia tidak bermuka-muka

Di hadapan manis,

Di belakang menjeling pahit.


CT Nurza
10/09/2015


*********


Sahabat Sejati
Memahami pada kesedihanmu

menghiburmu dukalaramu
mengerti ketakutanmu

menuntun menjadikanmu berani

sedar akan kekuranganmu

tahu keraguanmu

memberi keyakinan membangkitkan semangat
biar patah sayap bertongkat paruh

sahabat sejati berdamping tetap utuh


Shirley Idris
Penang
09092015


*********


Sahabat sejati


Umpama sinaran pelangi di gelap hari
Tak pernah jemu untuk menanti

Tak pernah kenal erti disakiti dan menyakiti

Ibarat titisan air hujan di tanah gersang
Umpama pepohonan rendang diterik mentari

Itulah sahabat sejati


MD Rashid


*********

 
Sahabat sejati...

Sahabat yang sungguh mengerti
Walau tidak pernah mengetahui

Apa tersirat dan tersorot di hati

Namun tetap memahami
Sentiasa memaklumi

Mendekati saat kita menyendiri.


Sahabat sejati ukhuwahnya suci
Tidak pernah wujud rasa benci
Nasihatnya tulus diberi

Menyiram sunyi di hati

Dengan santun bicara dialasi
Rawan kita diubati

Walau sekadar sebuah pengertian cuma

Ia tetap menghampiri
Mengirim doa memujuk hati.
CT Nurza


*********

Sahabat sejati..

Usah dicari
Dia datang sewaktu sepi
Di kala tak mampu kau berdiri
Memimpin tanganmu bangkit kembali...


Jangan sesekali menyesali..
Jika tiada sesiapa di samping sunyi
Mungkin waktu tiba muhasabah jati-diri..


Tawamu mungkin menyakiti....
Hilaianmu mungkin ditangisi...
Di dalam leka kaca disangka permata...

Biarlah waktuku pergi
Sahabat sejati.. akan datang lagi..
Di waktu pandangan mata terbuka di hati.


----harisharis------

Sept201510.
Temasek-
-------------

 *********

Sahabat sejati

sukar diketemui
waima dicari..
kekadang ia datang sendiri
mengikut ketentuan azali

Sahabat sejati
andai bila ditemui
jagalah ia seperti bayi
satu amanat dari Illahi...

-Maulana Putera
KSC Gombak-KL
10 Sept,15


*********
Sahabat sejati tak boleh dijual beli
Berdirinya sentiasa disisi
Menangis berdua
Ketawa bersama
Kurang disempurnakan
Berlebihan dibahagikan
Salah dibetulkan
Menang diraikan
Tiada iri tiada benci
Sahabat sejati kekal abadi...
Anna Elsa

*********


sahabat sejati,bertuahlah siapa memiliki,jagalah peri dn hati.. biar kukuh dari hidup sampai kemati.



*********
Sahabat sejati adalah seorang insan
yang di limpahi keimanan
Bersama kekudusan hati Nurani
sanggup berkorban bahagia diriku ,bahagia dirinya
yang bergembira kerana kerianganku
yang bersedih kerana kedukaanku
yang bersusah payah kerana keperitanku
memberi pinjaman apa yang sukar kubayar
memberi penjelasan apa yang aku keliru
yang mengajar erti ketabahan
yang mengajar erti kecekalan
yang mengajar jangan jemu
yang mengajar aku erti kehidupan
sehingga aku mampu berdiri di kaki sendiri
mengukir kejayaan berkat doa dorongan sahabat sejati

terima kasih wahai sahabat .
Jasamu kukenang
Budimu kujunjung.

Saniah Masri

*********


TEMAN MENANGIS

kita akan melupakan orang yang tertawa denganmu
Tetapi,,
tidak mungkin melupakan orang yang
pernah menangis denganmu

Ariz Hidayat

*********
*Hakcipta Terpelihara (C).

No comments: