ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, September 21, 2015

PUISI : SEHARUM WANGIAN SYURGA.




Dalam hidup dalam bercinta
tidak pernah kutemui cinta suci
merintih bukan sifat semulajadi
senang datang senang pergi

Tidak bersungguh dalam bercinta
umum pandangan tersebut
cinta tidak perlu dikejar
cinta suci semulajadi pasti


Datang dengan sendiri
laungan demi laungan
tidak memberi makna hakiki
andai di bibir sakti tiada niat


Bukan lahir dari nurani suci
ibarat air di daun keladi
tidak meninggalkan bekas
cinta berputik dari luah hati


Mana mungkin mudah beralih arah
biar sekuat mana menafikan
wujud tumbuh harum mewangi
biar jasad berpisah nafas


Tetap kasih tetap sayang
tetap mekar seharum kasturi
seharum wangian syurga
biar berkurun lama menunggu
istana menanti pasti
pintu mana pilihan jauhari


Norais
190915
Johor
Malaysia.


No comments: